Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Ke Blog Saya

Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Ke Blog Saya

Online website templates

Followers

Wednesday 30 May 2012

RaWaTaN InGiN ZuRiAt PaRt 2


Lepas 6 bulan ambil inject lucrin, kami teruskan rawatan. Hari kedua period terus pegi hospital tanpa temujanji sebab memang dr dah pesan....datang untuk scan ngan ambil ubat. Bulan lepas ubat tak jalan dalam badan aku, dr bagi 3 biji clomid sehari bersamaan 150 mg. Tapi mungkin badan aku tak tahan dengan dos tu, aku demam, pening, loya, muntah2...haihhhh saspen je, ingatkan peknen. hehe. Bulan ni aku tak boleh buat iui sebab telo kecik sangat. Kena tunggu next period pulak.

Bulan seterusnya period, hari kedua bertolak dari rumah pukul 6.20 pagi lepas solat subuh, aku tido jela sepanjang jalan. Ngantuk sangat2...sian suami drive sorang2...bini nya membuta. hikhik. Kami sampai pukul 8.20 pagi, memang dah jadi kebiasaan kami...sampai je aku turun kete pastu terus daftar. Suami???? Dia paking pastu membuta...tak pe, bagi peluang...ngantuk tu..huhu

Ramai betul orang...tapi kaunter banyak...

Ni nombor giliran aku...tunggu 5 orang je...dalam ramai2 tadi

Lepas daftar terus pegi kaunter A (klinik ibu mengandung dan sakit puan) yang tengah jawab tepon tu kak nisa'...nurse kat sini..semua baik2 belaka, dah kenal kat aku. Maklumla...dah masuk tahun kedua ulang alik ke sini...

Huhhh lega...ada sorang je patient

Lepas je aku daftar tiba2 ramai pulak orang...nasib baik aku cepat sikit..hehe hari ni bukan check up ibu mengandung, kalau tak memang tak cukup kerusi nak duduk.

Bilik2 doktor....setiap 1 bilik ada 2 orang doktor...

Scanner....nampak tak benda panjang tu????


Ni dia....alat untuk folikel tracking....
Gambar dari google....macam ni la keadaanya masa scan...sakit sikit ngan kurang selesa tapi kena kuatkan semangat :)


Dr Zulaikha...tengah scan aku...hehe sempat aku snap gambar, tak tau la dr ni perasan ke tak..tapi dr ni baik...lemah lembut orangnya....masa scan dr terangkan saiz telo aku...hari ni masih kecik lagi tapi dia akan membesar lepas ni...insyaallah

Pastu dr mintak aku ambil ubat puregon kat farmasi untuk inject hari kedua sampai keenam period. Tu la, bulan lepas ubat clomid tak jalan...jadi bulan ni dr bagi ubat injection pulak. Harap2 kali ni banyak telo dan dapat membesar dengan jayanya :)

Ni nombor giliran untuk ambil ubat...lama gak aku kena tunggu sebab ubat puregon tu takde kat farmasi sini...lepas dapat ubat aku terus pegi bilik prosedur A untuk inject terus hari kedua period...Aduhhhh sakit...tahan jela :(

Puregon...sehari 2 kotak bersamaan 100 iu. Farmasi bagi 10 kotak semuanya...

Ubat ni kena jaga baik2, suhu dia kena sentiasa  sejuk...farmasi bagi aku ais untuk perjalanan aku yang jauh...simpan dalam box...

Disebabkan nak jaga ubat puregon tu....aku beli makanan siap2 kat cafe sebab tak boleh singgah mane2 haisssshhh baru cadang nak pegi jusco :(

Hari2 pegi opis aku macam nyonya jual ikan bawak box yang besar tu. Nak buat macam mana..box tu je yang aku ada. Box tu pulak memang sentiasa ada dalam kete untuk stanby kalau beli ikan. Hahaha belasah jelahhh.
Hari2 aku kuar pukul 10.30 pagi untuk inject puregon kat klinik kesihatan sini dari hari ketiga sampai hari kelima period. Hari keenam dr suruh datang hospital lagi untuk scan ngan inject skali... 
Kesan inject puregon, perut aku senak sangat....kadang2 tak boleh tahan, rasa macam nak nangis :'(
Tapi aku cuba kuatkan semangat....ini satu pengorbanan buat suami tercinta demi cahaya mata yang kami idamkan selama ni. Perut senak tu tanda telo2 nak membesar...hehe selamat membesar wahai telo2ku ;) Moga2 bulan ni boleh buat iui untuk cycle kedua...
Ok, karangan akan disambung untuk perkembangan hari keenam tu nanti :D

Tuesday 29 May 2012

RaWaTaN InGiN ZuRiAt PaRt 1

Dah lama aku teringin nak share pengalaman kami suami isteri yang gigih berusaha untuk mendapat zuriat. Macam2 rawatan yang kami dah lalui tapi belum ada rezeki. 
Tapi aku yakin itu semua ada hikmahnya...
Kami mendirikan rumahtangga dah 8 tahun, kengkawan yang kawin sama tahun ngan kami masing2 dah 3 orang anak. Tapi tak pela kan...itu rezeki diorang. Aku hanya mampu 
usaha dan tawakkal. 

Rawatan mula2 kami urut tradisional. Aku tak kira berapa orang bidan yang dah urut aku ni...tapi memang ramai, ada yang kata peranakan aku ke bawah sangat, ada yang kata atas sangat. Ish3 pening aku dibuatnya...mana satu yang betul ni???

Rawatan seterusnya, makan ubat homopati...kami suami isteri kena makan ubat ni. Pil aku warna pink, suami warna kuning. Ubat ni manis skit...kawan suami yang suruh kami cuba ubat ni sebab dia dah cuba dan membuahkan hasil. Kami makan dalam 3 bulan je...pastu stop. 

Pastu tahun 2006 kakak ipar bawak kami pegi klinik rika pakar sakit puan kat seremban. Dr sahkan aku ada cyst. Suami kena buat ujian sperm kat pathlab. Kena tunggu period bulan depan, datang untuk check up...dan cyst masih ada. Dr buat operation kecil melalui bawah. Aku dipengsankan, sedar2 je semua dah selesai...siap dipakaikan tuala wanita lagi. Seminggu keluar macam darah period tapi tak sakit pun. Kami di bagi  ubat untuk kesuburan. Tapi stok ubat cukup untuk bulan tu je...nak ulang alik ke klinik tu memang tak larat, jauh sangat....

Mak mertua pegi umrah dah 2 kali...setiap kali dia pegi mesti tak lupa doakan kami. Pastu belikan ubat dari sana....daun hamil, buah zuriat ngan serbuk debunga kurma. Aku memang jenis tak suka makan ubat...memang paksa2 gak untuk makan semua tu...

Buah zuriat, orang mekah panggil buah doam. Rebus dan minum airnya...

Serbuk debunga kurma. Minum campur ngan madu...
Ramai orang suruh aku cuba biodex...beli gak la...untuk mencuba. Harga tak payah cakap la....pejam mata nak membayar untuk set suami isteri. Tapi duit boleh carikan....kami stop ubat ni sebab dulu ada kecoh2 pasal produk ni ada bahan kimia....heeee takut...cepat2 stop. Padahal ubatnya banyak lagi...tak habis makan pun..aku buang...haihhhh membazir :(

Set biodex...ada yang takde dalam gambar....ni pun ehsan google.
Tahun 2010 kami cuba pegi LPPKN shah alam. Kat sana jumpa ngan dr ismail tambi...hikhik kami malu2 sebab dr cakap takde tapis2, terus terang je...kami kena kaunseling 3 kali. Pastu dr bagi tempoh 3 bulan...dan akhirnya dia bagi pilihan untuk teruskan rawatan. Sebelum tu kami kena buat macam2 ujian...darah, sperm dan tiub fallopian. Aku x-ray tiub fallopian tu kat KPJ shah alam, memang menyakitkan...dia masukkan kamera ikut bawah. Hasil semua check up ok...suami isteri takde masalah. Alhamdulilah...

Dr. ismail tambi....banyak ilmu yang dia dah ajar kami :D



Tahun 2011 kami ambil keputusan untuk teruskan rawatan kat hospital kerajaan sebab kos murah dan aku boleh guna hrmis untuk penjawat awam. Kami pilih hospital putrajaya.

Tempat kunjungan tetap kami setiap bulan...

Temujanji pertama dr tengok semua ujian2 yang dah kami buat. Banyak gak sesi soal jawab dr kat kami. Pastu kami mintak proceed terus iui. Tapi tak boleh terus buat sebab dr nak monitor telo aku dulu..kalau besar dan matang baru boleh buat. Kena tunggu period bulan depan, hari kedua amik pil clomid sampai hari keenam. Minggu waktu subur kena ulang alik 2 hari sekali untuk folikel tracking. Fuhhhh penat dan mengantuk sebab perjalanan 2 jam nak kesana. 

Pil Clomid...dr tinggikan dos setiap bulan...
Tiga bulan buat proses yang sama pastu setiap kali dr scan mesti jumpa cyst. haihhhh tumbuh balik rupanya. 

Folikel tracking
Inila rupa cyst...setiap kali scan mesti dr jumpa cyst dalam ovari aku :'(
Tapi dr teruskan gak untuk proceed iui...tawakkal katanya...pastu dr bagi inject ubat untuk pecahkan telo...selepas 36 jam baru buat iui.
Masa buat iui aku rasa macam nak bersalin...yelah, baring pastu kaki kena kangkang letak atas tempat khas. Masa buat iui, aku rasa sakit ngan tak selesa dan ada pendarahan skit. Dr bagi mc suruh rehat dan makan ubat untuk kuatkan rahim ngan asid folic. Balik rumah, suami jaga aku macam orang peknen...tak bagi buat keje berat2. Best....hehe

iui
Berdebar2 tunggu tarikh period...harap2 menjadila iui ni...memang period agak lewat skit..dalam 2, 3 hari.Tapi memang belum rezeki kami...aku period. Arghhhh tension sangat masa tu...sedih :'(. 
Hari tu kami pegi kenduri, aku tahan kan je perasaan sedih ni. Sampai je umah, belum sempat kuar kete...aku bagi tau suami, "ABI, UMI PERIOD" takde kata2 apa dah masa tu cuma air mata terus mengalir macam air hujan, tersedu2 menangis. Suami terus peluk aku, pujuk dengan bagi kata2 semangat untuk aku tapi dari air muka dia..aku nampak dia pun kecewa jugak...sebab kami memang mengharap iui tu menjadi.
Aku terus call hospital, diorang mintak aku datang sana hari kedua period. Dr ambil keputusan untuk buang cyst dengan laparoscopic. Mungkin itu salah satu faktor kenapa aku susah peknen. Dr tetapkan tarikh untuk aku masuk wad. Ngeee takut pulak rasanya...nak operation ni.

Hari ahad aku masuk wad, isnin operation...kena puasa dulu. Nurse bagi ubat minum untuk cuci usus sebelum operation. Lepas 1/2 jam minum ubat tu, aku terus muntah ngan buang air besar. Memang kosong betul perut masa tu...tak boleh makan apa2 kecuali minum air kosong. Esok pagi, pukul 5 nurse dah kejut suruh aku siap2 pakai baju untuk operation. Lepas solat subuh aku pun siapla...ikut arahan. Pukul 7 pagi nurse sorong aku dalam keadaan baring atas katil khas untuk di bawak ke bilik operation. Tuhan ajela yang tau perasaan berdebar2 aku ni....moga semuanya selamat. 

Ada 3 orang dr bius keliling aku...diorang tau kot yang aku ni tengah takut, jadi diorang ni siap nyanyi2...pastu tanya aku ni minat rossa tak??? haihhhh aku dah tak pikir apa2 dah masa tu....
Dr tu semua pasang macam2 wayar kat badan aku, pastu ajar apa yang aku kena buat masa dia bius...dia pasang alat pernafasan, mintak aku tarik nafas 3 kali lepas tu....aku dah tak sedar!!!!!

Aku sedar2 je baju dah bertukar, pastu aku dah kat atas katil wad tadi. Rasa macam pening2 loya...ngantuk, asyik nak tido je..suami kat sebelah tunggu sehari suntuk tapi aku tak boleh nak bukak mata. Bangun je, mesti muntah....tak boleh makan ngan minum air manis. Dr tak bagi...kecuali air kosong. Aduhhh dahla sebelum tu kena puasa...pastu lepas operation tak bagi makan pulak. Huhu kesan ubat bius tu memang kuat...pastu aku kena masuk air pulak...Haisssshh rimas betul. hehe...sabar yer....

Ni je gambar yang sempat aku snap masa kat hospital. Masa tu aku tak bercadang pun nak berblog...kalau tak, mesti aku asyik snap gambar je pastu semua nurse yang bertugas, aku ambil gambarnya...huahuahua..tapi layanan kat hospital ni memang tip top, aku rasa macam duduk kat hospital swasta yang bayar ribu riban tu...bayaran aku??? Satu sen pun tak kuar duit...alhamdulillah :)

Katil aku tepi tingkap....kalau bosan, tengok jela luar tingkap tu....aiyakkkk!! apesal ada katil baby tu....hehe ni hasil gambar google tapi kedudukannya memang sama..
Hari rabu baru aku boleh kuar wad....4 hari berkampung kat sini. Teringin makan macam2 tapi kena pantang pulak. Suami jaga aku macam orang lepas bersalin...makan pun makanan orang dalam pantang. Makan yang berminyak, gatal2 memang tak boleh sebab nak jaga luka kat perut....nanti kalau bernanah susah pulak. Dr bagi mc 2 minggu. Horeyyyy :)

Dr pesan...pastikan selama 6 bulan aku ngan suami kena rancang (tak boleh peknen dulu)...sebab nak bagi rahim aku betul2 clear. Selama 6 bulan gak kami ulang alik  hospital untuk inject lucrin supaya tak period. Tapi lucrin ni ada kesan sampingan....macam orang nak menopous. Memang pun...aku rasa panas semacam je badan ni pastu emosi tak stabil. 
Lucrin ni inject kat perut...ikut masa yang dia tetapkan
Ok, panjang betul karangan aku ni....hihihi. Time kasih pada yang sudi baca entry yang panjang lebar ni, maklumla cite 7 tahun punya....Jumpa lagi next entry....nanti aku cite rawatan yang seterusnya :D





Sunday 27 May 2012

JuMpA BuAh HaTi

Hari ni hati berbunga2 nak jumpa buah hati. Dah lama aku tak pegi umah diorang...busy ngan keje. Minggu ni aku luangkan masa untuk bersama2 ngan diorang. Sampai je, besorak2 la budak2 ni...suka umi  dia datang. Layan gambar je la ye...

Awis makan kek...sampai menjilat jari

Aikkkk apesal masam je muka :(

Budak bedua ni dah macam upin ipin. Hikkks

Layan cite adnan sempit. hehe muka bosan jer....sebab umi dia tak ada kartun.
Heeee sori ye sayang...
 

Dua2 telinga capang...haha, kalau ibu dia baca jangan mare yer...

Mia....baik je anak dara ni :)
raya nanti umi belikan kebaya ye...


Ni menu yang tuan rumah sediakan, belum siap hidang aku dah snap gambar. Haihhhh

Ni nasi aku....ermmm yummmy....sedappp
Lepas solat asar aku pun nak balik....danish tido, awis asyik cakap " wis nak kut mi " 
(awis nak ikut umi).
Alahaiiii susah la aku nak balik ni....
budak ni dah merengek2

Aku bawak round2....pujuk hati budak ni...

Turun dari kereta....nangisss, Uwaaaa :'(

Pujuk macam mana pun....tetap tak laku...
nak ikut jugakkk

Acu bawak round naik moto pulak

Sukaaa....tapi bila aku start enjin kete,
merengek balik...
nasib baik danish tido, kalau tak dua2 merengek....
mau tak balik aku. hihihi
memang macam ni la...kalau aku pegi umah diorang ni...time nak balik, mula la adegan nangis-nangisan, pujuk memujuk...


Budak ni....sengeh je, tak paham lagi. Tunggu dah besa nanti mesti macam abang2 nya.
Huhu sedih gak tinggalkan budak2 ni dalam keadaan nangis nak ikut aku. Tapi apakan daya....aku nak je bawak diorang ni tapi aku takut mak ayah nya yang nangis pulak :D

Saturday 26 May 2012

JaLaN-JalaN

Yeaayyy hari ni cuti...aku ngan suami membuta sampai tengahari. Huhu...nak buat macam mana, hobi kitorang sama. Bangun tido, perut lapa...kitorang besiap untuk kuar cari makan. Kitorang makan kat warong soto, pasir penambang...lupa pulak aku nak snap gambar. Erkkkk dah kenyang...aku pun tanya suami lepas ni nak pegi mana??? Dia bagi tau nak pegi shoping kompleks baru bukak. Puas gak aku pikir...ade shoping kompleks baru bukak ke? Maklumla...duduk kampung kan...

Setia City Mall...nampak dari highway setia alam

Kad paking...hehe ni pun snap ke???

Ramai sangat orang...maklumla baru gaji :D
Best gak shoping kat sini, banyak pilihan. Tapi ada gak yang belum bukak. 

Aku suka masuk kedai ni...wangi je...
pastu sejuk mata memandang

Macam2 design gaun budak...
sweet tapi harganya pun sangatla sweet

Dah penat jalan, perut pun lapa....layan mcd

Fuhhhh on the way balik, jalan jem kat kuala selangor. Nasib badan, tapi best gak...sebab bukan selalu nak rasa jem macam ni...haha merasa la jugak macam orang kl yang selalu menempuh jem

hissss x sah kalau jalan2 x beli apa2...aku dapat rembat toner, lotion, masker  ngan pure perfector body shop..
Ermmmm esok apa pulak plan aku ye...
hehe tunggu next entry ;D