Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Ke Blog Saya

Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Ke Blog Saya

Online website templates

Followers

Tuesday 8 May 2012

BaYi pRaMaTanG


Buah hati aku, danish adalah bayi pramatang. Adik aku peknenkan dia ni selama 6 bulan setengah jer. Awal2 lagi doktor sahkan kandungan dia kembar. Aku teruja sangat masa tu sebab nak dapat anak buah pertama kembar. Kiranya cucu sulung mak ngan ayah aku.

Masa ni adik aku kerja goverment. Jauh gak dia ulang alik pegi keje dari umah dia. Dia bersalin normal kat hospital teluk intan..beza 4 minit je si kembar tu keluar. Senang sangat dia bersalin. Mula2 sakit, lepas tu pegi klinik swasta check, dah bukak 6 cm..memang nak bersalin dah. Kelam kabut suami dia cari barang baby. Diorang cadang nak cari barang baby tunggu kandungan 7 bulan. Rupanya x sempat...baby dah tak sabar nak keluar. Ni gambar diorang baru lahir, doktor tolong snapkan.

Danish

Danial


2 orang putera lahir pada 23 julai 2007. Danish & Danial, nama aku yang carikan...ibu ngan ayah dia serah pada aku untuk bagi nama anak diorang. Danial kena tahan wad kat hospital teluk intan...duduk dalam kaca..berat 850 gram. Tempat x cukup....jadi danish agak kritikal dan kena hantar ke hospital ipoh. Berat dia 750 gram..dalam kaca gak, kesian si kembar ni kena berpisah. Kat hospital kena kawalan ketat, x boleh masuk bilik baby selain ibu ngan ayah dia. Aku pun x dapat tengok masa tu.

Sedih...memang kena berpisah selamanya si kembar ni. 2 ogos 2007 dapat panggilan dari hospital..danial tenat. Ada pendarahan paru2. Ibu ngan ayah dia terus pegi hospital tapi dalam perjalanan, hospital call bagi tau danial dah meninggal. Family semua sedih, adik aku lagi sedih sebab dia xde kat sisi danial masa dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Sejak tu adik aku duduk hospital untuk tunggu danish, dia x nak kehilangan puteranya lagi. 3 bulan danish dalam kaca, adik aku ambik cuti separuh gaji, lepas tu tanpa gaji. Lepas tu dia ambik keputusan untuk berenti keje sebab nak bagi perhatian sepenuhnya kat danish. Itulah pengorbanan seorang ibu. Danish menyusu pakai tiub, wayar penuh kat badan dia.

Kesian danish...minum susu pakai tiub

x sampai hati tengok wayar penuh kat badan danish. Pampers lagi besar dari danish :P


Macam2 dugaan untuk danish membesar, mula2 dia keluar hospital...setiap kali nak pegang dia...kena pakai gel yang hospital bagi sebab takut jangkitan kuman. 2 tahun danish ulang alik hospital. Macam2 penyakit datang kat dia. Tapi ibu ngan ayah dia memang cukup tabah, ni semua ujian dariNya.

Mula2 doktor sahkan usus danish pecah masa umurnya belum cukup 3 bulan. Doktor buat operation kat perut. Lepas tu doktor sahkan danish kena hernia plak. Lama jugak danish menanggung sakit ni. Ibu ngan ayahnya bawak pegi berubat merata2. Urut ngan ada ubat2 kampung. Bila sakit, danish menangis sampai x keluar suara. Lepas tu diorang ambik keputusan untuk operation kat pusrawi.

Bersiap sedia untuk di operate


Selesai operation, danish masih kena ulang alik jumpa pakar. Doktor kata mata danish bermasalah. Dalam masa yang sama danish ada masalah jantung. Masalah injap dia terbukak skit. Tapi doktor kata dia akan tetutup sendiri bila budak membesar. Alhamdulillah danish sekarang sihat dan bijak. Tapi badannya x naik sangat...dia kurang makan tapi kuat menyusu botol.


Ni baru keluar hospital

Kesan wayar kat hidung danish. Xpe, buah hati umi ni tetap comel...

Gambar raya...danish setahun

Amboiii menjeling!!


Danish dah tumbuh gigi


Sekarang umur danish dah 5 tahun..setiap tahun sambut besday ngan aku sebab kami lahir bulan yang sama. Darwisy plak memang sama hari ngan aku. Jadi kami sambut besday betiga skali. save bajet...kahkahkah


Kek besday kami

Potong kek


Seronok betul budak2 ni potong kek upin ipin. 
Masa ni mia x lahir lagi. Tahun ni bolehla sambut besday puteri tunggal plak  :D






7 comments:

  1. thn ni boley hanna join sekali sambut besday..hihi

    ReplyDelete
  2. sayu tgk baby2 kalau kat spital kan.
    apapon,danish comey! :)

    ReplyDelete
  3. sayu baca entry...tak sanggup tgk baby berselirat penuh wayar...apepun tahniah untuk ibu Danish...memang tabah :)

    ReplyDelete
  4. Comelnya baby.. Tahniah sis, dpt harungi dengan tabah.. Bukan mudah nak besarkan baby pramatang... Byk cabarannya.. 😊

    ReplyDelete
  5. cabarannya apabila berhadapan bayi pramatang. tabahnya hati ibu.

    ReplyDelete