Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Ke Blog Saya

Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Ke Blog Saya

Online website templates

Followers

Monday 16 December 2013

DeKo DaPuR


Assalamualaikum...

sejak berjinak2 dengan mengumpul tupperware...mood mendeko pun muncul setelah sekian lama tinggalkan bidang ni...last aku gigih deko rumah tahun 2011. lepas tu memang tak usik langsung dekorasi rumah cuma maintain mengemas je.

deko dapur masih dalam kedudukan yang sama cuma aku tambah stiker dapur je. Murah je stiker ni...rm 5.00 tapi design bunga tu membuatkan aku jatuh hati...hihi

Sila abaikan barang2 segala mak nenek dalam microwave tu...dah tak de tempat nak letak....huhu belasah jelah....
tempat fresh eggs n bread tu bakal digantikan dengan bekas bawang tupperware yang aku tengah oder online. lepas ni dah tak de tempat nak letak 2 barang tu....nampaknya aku kena lelong barang2 hiasan untuk bagi ruang pada ahli baru....
ada sapa2 berminat ke??? hehe biasanya aku lelong dalam group pesbuk. raya tahun lepas banyak barang hiasan yang dah selamat dilelong termasukla langsir satu rumah. lepas tu boleh la tukar yang baru....tak de istilah membazir okayyyy :D


Sunday 15 December 2013

HoBi BaRu kUmPuL TuPPerWaRe

Assalamualaikum...

sebenarnya macam tak percaya je aku ni dah terjebak dengan hobi mak2 kumpul tupperware. opsss bukan sekadar kumpul je tau tapi guna...tak de la membazir. tapi memang best guna barang yang berkualiti ni...harga memang mahal tapi berbaloi. mula2 aku try beli frezermate, lama2 dah jatuh hati dengan koleksi-koleksi yang lain. bermulalah al-kisah hobi baru...beli sikit2 lama2 sedar tak sedar penuh kabinet dapur.

kebanyakan koleksi tupperware aku beli online je sebab murah berbanding harga katalog. banyak group tupperware aku join kat pesbuk. syok wooo diorang lelong je...yang paling best, dapat freegift lagi...memang terbaik la korang...hehe

ni antara koleksi aku setakat ni....

frezermate...best sangat sebab bahan mentah sentiasa segar...
bekas minyak dan bekas garam
bekas beras....sejak pakai bekas ni, masak nasi jadi sedap woooo kahkahkah nampak sangat tipunya...
sebelum ni kabinet penuh dengan tipuware...sekarang...semua tipuware aku dah hantar kat kampung....hihihi memang kacang lupakan kulit...
pssttt....beli tupperware ni memang ketagih, kalau dah terjebak, memang asyik nak beli aje....haihhhh sendiri mau ingatla...tepuk dada tanya poket...okbai

 

Thursday 28 November 2013

SoPiNg @ LaNgKaWi

mood sejak dua menjak ni asyik nak berjimba-jimba je....hehehe ok, sebenarnya ni trip opis aku minggu lepas...bos bawak kitorang pegi lawatan kerja sambil soping-soping. yang lagi bestnya...boleh bawak pasangan masing masing...memang terbaikla kannn. tq bos...

kitorang pegi 4 hari 3 malam..termasuk perjalanan pegi dan balik, so kitorang menginap kat langkawi 1 malam je. hotel yang kitorang duduk ni memang best sebab hotel baru. namanya hotel ismail group HIG, yang lagi menariknya...kat bawah hotel ni ada kompleks HIG untuk soping.

entry kali ni tak banyak snap gambar sebab aku sibuk pegang troli...kihkihkih tak sempat nak posing bagai...cuma gambar-gambar ni je yang sempat snap...

pintu masuk HIG
receptionist hotel
hiasan berkonsepkan islamic
adoiiii tak best betul katil camni....mlm nanti kena rapatkan...hihi
bilik yang sangat selesa...bau kedai lagi perabotnya...
bilik air...wahhh tak payah intai orang mandi, memang jelas sangattt haha
tempat temenung...jangan sampai tetido sudah...
ni harga bilik, time kitorang pegi ni ada promosi sempena hotel ni baru bukak...lepas ni harga dia mahal la sikit...
sebelum sampai langkawi memang aku dah list barang yang nak dicari...periuk dan pinggan mangkuk memang tak ada dalam list sebab susah bawak dan takut pecah...coklat benda wajib kena beli. gambar soping memang tak ada langsung, tapi hasil menyoping ni haaaa

hambikkk kau...sampai troli bawak masuk bilik...nasib baik tokey yang sama. kalau tak...senget bahu nak angkut ke bilik...kikiki..
dalam beg tarik tu penuh coklat...dalam plastik hijau tu 2 set pisau, pastu aku beli sudu dan garfu kecik, dalam plastik biru tu periuk ajaib mak ngan kakak ipar kirim..
 
sebenarnya ada lagi barang lain tapi suami aku dah pindahkan barang dari troli ni ke katil...temenung kejap tengok barang-barang ni...pikir macam mana nak angkut ke jeti nanti...adehhh
fuhhh lega sikit boleh sewa troli ni rm 1 je untuk angkut barang sampai feri
walaupun beg kitorang beranak jadi 4 tapi aku tak risau sangat pun sebab dah ada tukang tolak troli ni...haha siapa lagi kalau bukan encik suami...kikiki
 babai langkawi...lain kali nak datang soping lagi :)


Tuesday 19 November 2013

CuTi - CuTi @ gEnTiNg HiGhLaNd


Assalamualaikum...

Ok...kali ni aku nak cite pasal percutian kitorang 2 hari 1 malam kat genting highland. Asalnya kitorang nak pegi cameron highland, tapi memandangkan ada berlaku banjir lumpur kat sana, jadi kitorang ubah plan. jadilah kan, yang penting aku nak cari stoberi...

Sebelum naik ke genting, kitorang singgah sini dulu..

Mini cameron highland, tempatnya berhadapan hotel seri malaysia...


petik stoberi...syok wooo

syok sangat memetik stoberi, sekalinya....harga dia mak aiiii fengsannn...cer teka, 11 biji ni bape hengget?? 
haaaa nampak tak??? RM 18.08...mahal tapi teringin punya pasal,
pejam mata jelah membayo...kikiki 
nasib baik aku tak habiskan satu ladang, kalau tak...kena tinggal kat sini jadi pekerja ladang stoberi...kekeke 
ni pulak sayur-sayuran....cantik kan...sejuk mata memandang
posing jap...
kat sini boleh shopping sayur...tapi tak de la banyak macam kat cameron highland...harga pun mahal skit dari sana...
lavender garden, tempatnya kat belakang hotel seri malaysia...
Kat sini best...dapat tengok bunga lavender, masuk kena bayar tau...tapi tak mahal sangat...dewasa rm 3, kanak-kanak rm 1


syookk wooo...tapi tempatnya kecik je...
model bunga...cewahhh perasan...
yang ni model pagar....kikiki
cantik kan...kalau korang ade kasut tak pakai, boleh buat macam ni...
kedai lavender...sweet kan kedai ni...
memang best masuk kedai ni...lagi-lagi peminat english deko macam aku ni...
dah penat bejalan, kitorang check in kat hotel first world
gambar ehsan dari encik google
kitorang booking online...so, kena check booking kat kaunter sini dulu
pastu check in kat kiosk ni aje...mudah sangat urusannya...check out pun kat sini...
ni bilik kitorang, okla...tak kecik, tak besar...sesuaila dengan harganya 2 hari 1 malam Rm 128.00
aktiviti kitorang kat genting, masuk snowworld...masuk kena bayar...dewasa rm 30.00, kanak-kanak rm 25.00
bayaran termasuk jaket, kasut dan glove. yang tak syoknya masuk sini tak boleh bawak kamera...sebab diorang dah ada cameraman, gambar yang diorang snap memang cantik tapi harganya...mak oiiii mahal. ermmm...dah alang-alang masuk sini, kitorang pun begambar jugak untuk kenang-kenangan...





               
sebenarnya ada 9 keping lagi gambar tapi takkan aku nak upload semua kan...kang muntah pulak korang tengok kitorang posing macam-macam...kihkihkih

gambar ni boleh cuci kat sana siap frame, harganya rm 50.00 sekeping...memang mahal, jadi kitorang ambik semua gambar masukkan dalam cd...harganya...ermmm gigit jari jelah membayonya...


cd ngan resit bayaran, untuk 13 keping gambar rm 125.00
gambar-gambar ni terpulang pada kita samaada nak beli atau tak...kalau tak nak pun tak pe...diorang tak marah hokay...
moga perkongsian aku ni dapat jadikan panduan untuk korang nak pegi bercuti...bagi aku pegi tempat macam ni memang best dan enjoy :)


 





Saturday 12 October 2013

GaNjArAn IbU BaPa ApAbiLa AnAkNya MeNiNggAL SeBeLuM AkiL BaLiGh

Assalamualaikum...
Dah lama aku tak apdet blog 
yang semakin terbiar ni...
Sebab??? hmmm rasanya takde cite 
yang menarik nak dikongsi.
Lagipun, start keje lepas cuti bepantang...
keje banyak sangat, busy..
setiap hujung minggu kene jaga kursus.
Hambikkk kau...tula, dulu cuti lame sangat 
sampai 4 bulan...

Alhamdulillah aku semakin kuat semangat sekarang 
dengan sokongan keluarga dan kawan2..
Teringat sorang ustaz ni pesan...jangan sedih, 
sebab irdina tu saham kat akhirat...
Tak semua orang di pilih untuk 
dapat anugerah yang bernilai tu...
 jom baca ni....

 “Anak-anak yang mati sebelum baligh menyambut ayah-bondanya di pintu syurga”.“Anak-anak Muslim yang meninggal di waktu kecil, ertinya sebelum baligh di Barzakh dikumpulkan pada suatu tempat dan diasuh oleh Nabi Ibrahim. 

Setelah kiamat nanti mereka itu langsung dipindahkan ke syurga akhirat. Jadi mereka ini tidak mengalami panas matahari, tidak melalui hisab, iaitu pengadilan di Mahkamah Rabbul-Jali. Tidak melalui mizan, dan tidak meniti Titian Shirathal-Mustakim yang terbentang di punggung 
api Neraka Jahannam itu. 

Mereka ini setelah dibangkitkan langsung dipindahkan ke dalam syurga Jannatun Naim”.“Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kepada ayah dan bondanya, lupa kepada kampong halamannya, lupa semuanya. 

Pada suatu hari nanti, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, tiba-tiba ada malaikat memberitahukan: Hai Wildan (anak-anak yang mati sebelum baligh), lupakah engkau kepada ayah-bondamu? Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. 

Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah-bonda mereka yang selama ini mereka lupakan”.“Lalu mereka ambil air untuk diminum, makanan dan pakaian, lantas mereka itu berlari-lari sambil menangis menuju pintu syurga”.“Setelah terompet berbunyi, pintu syurga terbuka, maka sekalian orang berhamburan masuk ke dalam syurga itu, dan ketika itulah anak-anak ini sibuk mencari ayah-bondanya. 

Mereka berjalan ke sana-sini mencari tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis membawa minuman, pergilah mereka kepada malaikat menanyakan: Oh, Malaikat, mana ayah dan bondaku? Kata mereka sambil menangis”.”Malaikat menjawab: Oh wildan, malang kamu, ayah dan bondamu
 terjatuh ke dalam neraka. 

Mendengar hal yang demikian maka anak-anak ini menangis dengan ratapan yang menyayat hati. Oh ibuku, Oh ayahku. Apakah kesalahanmu, ayah. Apa dosamu, ibu, maka sampai terjatuh ke dalam neraka. 

Mereka menangis dan meratap”.“Kata malaikat: Hai Wildan, jangan menangis, mengadulah kepada Nabi Muhammad SAW”.“Setelah anak-anak ini mengadu kepada Nabi Muhammad, lantas Nabi mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkan orang-orang mukmin yang berada
 di dalam neraka itu”.

“Setelah bertemu dengan anak dipintu syurga anak yang meninggal di waktu masih kecil, yang menjadi kerinduan siang malam selama ini, aduh gembiranya tidak terhingga. Berfirman Allah SWT dalam Al-Quran:”

Pada hari itu mereka berjumpa 
dalam keadaan gembira.
(Ad-Dahr: 11) 

Umi n abi buatkan batu nisan baru untuk Irdina

Pusara Irdina

Damailah Dikau Di Sana Wahai Irdina
Dirimu pergi tanpa secalit dosa
Sesungguhnya dikau antara penghuni 

Syurga Firdausi
Dirimu pergi penuh sempurna, 

penuh ketenangan dan keindahan
Dirimu pergi meninggalkan seribu satu 

kenangan buat umi dan abi...

Thursday 18 April 2013

cHeCk Up LaSt 2013


17/4/2013 tarikh app yg dr bagi masa discaj ari tu. Aku pun dah habis  pantang...hari ni hari ke 47. Macam biasa kitorang gerak pagi dari umah, sampai sana lebih kurang pukul 9.30 pagi. Saje kitorang gerak lambat sikit pastu sempat sarapan mcd lagi...sebab aku fikir datang cepat @ lambat sama je tengah hari baru selesai. 

Sampai je hospital memang ramai sangat orang lebih2 lagi kat klinik O&G. Aku dapat no giliran, selesai timbang berat badan dengan check tekanan darah pukul 10.45 pagi. Lebih kurang pukul 11.50 pagi tiba giliran aku jumpa dr hazim. Dr check luka cezer pastu scan. Alhamdulillah luka ok, rahim dah kecut dan normal. 
T.kasih dr hazim yang merawat aku daripada sebelum peknen sampai bersalin. kalau bukan patient dr hazim no giliran aku 500...letih nak tunggu lama walaupun masa ni ade 10 orang dr yang bertugas.
Pesanan dr, lepas ni hati2 sebab tak lama lagi mungkin period dan menandakan waktu subur. Jadi, kitorang kena rancang sekurang2nya setahun. Itu waktu yang paling singkat dia bagi untuk aku peknen balik. Yang kelakarnya...aku tanya luka dalam lambat baik ye dr sebab semua orang cakap macam tu. Dr pesan lain kali jangan dengar cakap orang, dengar cakap dr je. Kalau luka luar baik maknanya dalam pun baikla sebab luka dalam lagi cepat baik :D

Tahun depan kalau nak teruskan rawatan dr mintak call untuk app dan buat masa ni aku kena rehat dulu. Yang penting usaha dan doa moga ade rezeki lagi lepas ni....kuatkan semangat, tak nak sedih2 sebab nanti irdina pun sedih tengok umi dia asyik nangis je. Yang pasti irdina bahagia di sana dan setia menanti umi dan abi. Al-fatihah untukmu sayang....

Sunday 31 March 2013

Redha Dengan KetentuanNya


Bidadari syurga kami...
Tempoh 37 minggu 4 hari usia kandungan yang berada di dalam perutku amat membahagiakan aku dan suami. Kami mengharapkan anak yang bakal lahir nanti sihat, sempurna dan solehah....serta dapat menceriakan lagi rumahtangga kami dengan gelak tawa, tangis seorang bayi. Namun, sebagai hambaNya kami redha walaupun bukan senang untuk menerima hakikat sebuah kehilangan orang yang tersayang. 

Tapi biarlah ada sikit memori tentangnya tercatat dalam diari kami suami isteri. Walaupun Allah pinjamkan IRDINA selama 8 hari tapi ianya amat bermakna buat kami yang telah lama menanti hampir 9 tahun. Aku bersyukur dapat merasai nikmat mengandung dan melahirkan zuriat kami...ianya pengalaman yang cukup indah dalam hidup aku. Sudah 3 minggu jenazah IRDINA selamat disemadikan dan sudah 29 hari aku berpantang. Terasa sunyi dan janggal berpantang tanpa baby di sisi. 

22/1/2013 - Check up 32 minggu dengan dr. hazim di hospital p.jaya. Dr scan, uri aku macam rendah. Tapi dr nakkan kepastian, dia suruh aku minum banyak2 sampai nak terkencing baru scan balik. Dan keputusannya...memang uri aku rendah (plasenta previa type 2). Dr panggil suami...bagi tau aku kena tahan wad sampai bersalin. Aku dengar macam nak pengsan...6 minggu kena duduk wad, cezer tunggu 38 minggu. Kalau ikutkan dr, hari ni jugak aku kena admit tapi aku merayu dengan dr...sebab tak bawa baju dan barang2 baby...keje kat opis pun kena settle kan jugak. Jadi, dr bagi masa untuk aku settle kan semua tu dan dia pesan kalau bleding terus pegi hospital yang berdekatan...jangan buat keje yang berat2, kena banyak rehat. 

27/1/2013 - Admit wad 2A katil 12, Dr terus check tekanan darah, ambil darah dan buat ctg. Sedih, sunyi, bosan...semua ada, tapi aku cuba kuatkan semangat. Selama 8 tahun kami tunggu...alhamdulillah aku mengandung, ini 6 minggu...takkan aku tak boleh sabarkan...jadi, aku cuba isi masa lapang kat hospital ni dengan macam2 aktiviti. Lama2 duduk sini aku dapat ramai kawan, yang senasib dengan aku ada 5 orang...jadi kitorang selalu tengok tv sama2, borak2, makan2. Yang paling best sekali kat sini, kitorang yang jadi penghuni tetap wad ni boleh oder makanan. Setiap minggu kitorang akan susun menu dan hantar pada  nurse untuk diorang masukkan dalam sistem. Pastu nurse kat sini dah jadi macam kawan, diorang mesra sangat...siap gelar aku ni penghulu sebab senior antara kawan2 kat sini. Ni antara menu special yang kitorang oder...sebenarnya banyak lagi, tapi tak sempat ambil gambar sebab dah lapar sangat...

Nasi goreng ayam

Nasi goreng cina + ayam

Mee goreng + ayam
13/2/2013 - Scan dengan dr hazim, aku sentiasa doa uri ni naik pastu boleh balik rumah. Rindu sangat dengan suami, family dan kawan2 opis. Setiap minggu aku menunggu kedatangan suami dengan makanan2 yang aku oder siap2...yelah, kat sini aku tak dibenarkan turun ke cafe kecuali ada orang tolak naik kerusi roda...tapi kalau aku teringin sangat nak makan apa2, terpaksa aku kirim kat kakak cleaner atau adik yang hantar makanan. Keputusan scan, uri masih kat bawah type 2, air ketuban banyak, baby kecik 1.6 kg kandungan 35 minggu dan baby songsang. Aku tanya dr, baby saya kecik tapi dia sihat tak? Dr cakap baby ok tapi kecik...lega sikit, mungkin baby ikut baka umi kot...sebab badan aku kecik je. Tapi masih ada masa untuk baby membesar, aku kena minum susu dan makan banyak2. Sepanjang mengandung, aku dengan baby ok je...sihat. Tapi duduk hospital ni macam2 masalah pulak...bila kandungan dah 8 bulan baru dr dapat detect macam2. Aku sentiasa berdoa semoga baby sihat dan sentiasa dilindungi Allah...

20/2/2013 - Scan semula tengok perkembangan baby, 1.9 kg 36 minggu dan keadaan uri, air ketuban dan kedudukan baby tetap sama macam scan yang lepas. Dr teruskan rawatan untuk buat grow chart, doppler dan minum air gula. Alhamdulillah aku takde kencing manis. 

25/2/2013 - Pagi2 nurse buat ctg, baby pulak sangat aktif masa ni. Bacaan graf ctg menunjukkan contraction tapi aku tak rasa sakit langsung. Nurse sentiasa check contraction ikut masa, tapi tak kerap sangat. Dr Huda, dr wad 2A pun check contraction, pastu dia terus oder ventilator untuk baby...dia takut aku bersalin awal. Dr huda ni bagus betul...dia setia check contraction sambil buat keje kat tepi katil aku. Pastu Dr hashlina, dr pakar wad 2A datang tanya keadaan aku dan terus scan detail lagi dengan dr hamidah. Aku susah hati sangat sebab suami tengah final exam sampai 27/2/2013. Aku doa dan usap2 perut pujuk baby... janganla bersalin awal, biarla suami aku selesai final examnya. Aku cuba rahsiakan kat suami apa yang berlaku hari ni tapi...tak boleh, suami call lepas habis exam...aku terus nangis, sedih...

27/2/2013 - Dr hamidah scan detail ukuran baby tapi dia tak sempat nak terangkan kat aku sebab dia ada kes lain. 

1/3/2013 - Suami datang bawak makanan, yela kan...nanti pantang tak boleh makan macam2. Tengah kitorang mencekik..nurse datang nak bawak aku pegi buat doppler dan result kena tunggu dr hazim.

2/3/2013 - Pukul 5.30 pagi aku bangun nak terkencing, dalam keadaan ngantuk masuk tandas...tiba2 aku tekejut nampak darah penuh kat mangkuk tandas. Aku terus keluar bagi tau dr....kelam kabut nurse semua suruh aku baring. Pastu diorang sentiasa pantau keadaan aku. Dua Tiga orang dr sentiasa datang pastu diorang terus call dr hazim untuk emegency cezer tengah hari ni sebab aku dah bleding, bahaya kalau plasenta previa dah bleding...memang terus kena cezer. Aku kena masuk air sebab dah mula kena puasa. Nurse buat ctg, memang ada contraction dan aku pun dapat rasakan baby asyik mengeras aje...tapi aku tak rasa sakit langsung. 

Pastu terus call suami, mak dan k.zura bagi tau aku dah nak bersalin. Memang kebetulan diorang semua nak datang sini untuk melawat aku, tak sangka baby ni nak keluar hari ni. Macam2 perasaan masa ni...takut campur gembira nak bersalin. Nurse suruh aku mandi siap2 untuk dibawa ke dewan bedah. Kalau ikut tarikh cezer aku 8/3/2013, lagi seminggu je lagi tapi dah bleding pulak...baby tak sabar nak keluar...

Lebih kurang pukul 1 tengah hari, nurse datang untuk bawa aku ke dewan bedah. Suami dan family semua bagi sokongan kat aku yang tengah tekejut lagi sebenarnya. Aku salam diorang mohon maaf dan mohon restu, airmata aku terus mengalir...tak tau kenapa tapi rasa macam sebak sangat...Sampai dewan bedah, aku menggigil kesejukan...nurse selimutkan dengan selimut haba, baru aku lega skit sampai tertido. Aku direhatkan kejap sebab dr hazim dalam perjalanan ke hospital. 

Dalam pukul 2 petang dr hazim sampai, aku terus dimasukkan dalam bilik bedah...seram sejuk tengok lampu2 kat atas, dengan peralatan bedah semua dah siap. Dr hazim sempat lagi senyum dan tanya keadaan aku, tanya suami dah sampai belum. Dr bius minta aku duduk lembutkan badan dan peluk bantal untuk dia masukkan ubat bius kat tulang belakang. 3 jarum yang aku dapat rasa dr cucuk tapi tak sakit sangat. Pastu dr suruh baring dan angkat kaki, aku tak boleh angkat kaki...berat sangat. Dr cakap ok puan, bius dah jalan...kita mulakan pembedahan sekarang. 

Mata aku tak pandang kat tempat lain, asyik tengok lampu kat atas sebab ada pantulan...boleh nampak perut aku diorang kerjakan. Dr bius sentiasa pantau aku dan diorang ajak bersembang, mungkin tak bagi aku tido tapi aku tak layan sangat sebab nak tengok baby keluar. Aku nampak satu persatu dr buat untuk keluarkan baby, darah banyak keluar...air ketuban teramatla banyak pastu keluarla IRDINA ke dunia pukul 2.14 petang...Alhamdulillah

Aku syukur sangat bila nampak kaki baby keluar dulu pastu dr pusing2 baby untuk keluarkan badan dan kepala sebab baby aku songsang. Rasa macam nak mengalir air mata bila nampak baby selamat dilahirkan...putih, bersih, comel sangat...masih terbayang muka IRDINA masa keluar dari perut aku. Aku sempat panggil dr, tanya baby saya tak nangis ke? Dr cakap nangis tapi suara dia kecik je. Tak lama lepas tu ada sorang dr atau nurse aku tak pasti...dia bagi tau...puan, baby puan kita terus hantar ke nicu ye sebab pernafasannya tak stabil. Aku jadi susah hati tapi tetap berdoa moga baby selamat. 

Selesai semuanya, aku terus dibawa ke bilik pemulihan...untuk kurangkan rasa menggigil kesejukan dan diorang pantau keadaan aku dengan check tekanan darah. Bila dah stabil, aku terus dibawa ke wad. Semua family dengan k.zura datang tengok aku...mula2 aku boleh sembang dengan diorang tapi lama2 aku ngantuk sangat, kesan ubat bius. 

3/3/2013 - Suami bawa aku ke nicu untuk tengok anak kami, semalam aku tengok dalam handphone suami je. Keadaan IRDINA stabil setakat ni cuma perlukan bantuan oksigen. 

4/3/2013 - Dr pakar kanak2 nak jumpa..sebelum masuk bilik dr, suami pesan kat aku...kite redha ye yang apa yang dr nak cakap pasal anak kita. Aku tenang je, tapi bila dr terangkan keadaan anak kami...air mata aku terus mengalir...Ya Allah, beratnya ujian yang engkau berikan padaku...berilah aku kekuatan dan kesabaran untuk menerimanya dengan sabar dan redha. Dr dan suami cuba tenangkan aku. Kesiannya anak umi, jantungnya bengkak dan berlubang, paru2 pun bermasalah...jadi dia tak boleh bernafas dengan baik. Hari ni dr bagi aku balik rumah tapi berat hati nak tinggalkan IRDINA sorang2 kt sini. Jadi kami buat keputusan nak pindahkan ke hospital t.intan, dekat sikit nak tengok hari2.

5/3/2013 - IRDINA dibawa naik ambulans ke IJN untuk check keadaan jantungnya. Pastu terus ke hospital t.intan, suami dah tunggu kat hospital untuk uruskan pendaftaran masuk ke nicu kanak2. Setiap kali kami datang sini, mesti nurse bagi kami riba IRDINA. Kami sempat nyusukan dia melalui tiub, nurse ajarkan cara yang betul. IRDINA manja sangat dengan abi dia, kalau aku riba dia nangis..pastu aku bagi kat abi, terus dia diam siap tetido lagi...alahai...memang anak manja abi. Jeles umi tauuu...

IRDINA dalam inkubator dengan bantuan oksigen
Pandai abi tidokan IRDINA
10/3/2013 - Pukul 12.10 tengah hari, aku dapat panggilan dari hospital...dr cakap pernafasan anak kami dah lemah. Pukul 1.30 petang kami sampai, tengok keadaan IRDINA memang lemah sangat...tak macam selalu kami datang...dia aktif. Nurse bedungkan dan bagi aku riba, bacaan jantung dia pun rendah tak macam selalu. Sedih sangat masa ni, aku sempat pesan IRDINA, tunggu umi dengan abi kat pintu syurga ye sayang...suami syahadahkan kat tepi telinga dia. Pukul 1.50 petang IRDINA menghembuskan nafasnya yang terakhir. Umi redha dengan pemergianmu sayang...

Kami bawa balik jenazah IRDINA dan itulah kali pertama kami sekeluarga satu kereta dan itulah kali terakhir. Jenazah diurus sendiri oleh suami dan ibu mertua, selesai dikapankan...semua orang cakap muka anak kami macam muka aku...comel IRDINA pakai telekong. 

Semoga kami suami isteri lebih tabah dengan ujianNya, mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Bila aku fikirkan balik, ada hikmahnya aku kena admit wad selama sebulan lebih...Allah nak bagi aku peluang untuk luangkan masa dengan baby dalam perut, kalau kat rumah, kat tempat kerja...mesti aku sibuk dengan tugas2 seharian. Dekat hospital memang aku sentiasa belai baby dalam perut, sembang2 dan berkongsi segala2nya. Umi sayang sangat kat IRDINA tapi apakan daya...Allah lebih sayangkan sayang....umi redha sayang...umi yakin Allah telah mengaturkan yang terbaik buat kita... 

Sesungguhnya IRDINA adalah bidadari syurga umi dan abi yang setia menanti di sana...Al-Fatihah buatmu sayang...


Thursday 31 January 2013

PrOpS PrEgNaNCy PhOto ShOOt Part 2

Hari ni baru hari ketiga kat hospital, dah rasa kebosanan yang amat sangat. Tapi syukur, aku ada bawak laptop dengan line intenet sendiri. Wi fi kat wad ni patient tak dibenarkan guna...mungkin diorang ada sebab kenapa tak boleh guna kot...

Seperti yang dijanjikan entry yang lepas aku nak kongsikan props pregnancy photo shoot yang seterusnya. Jom kita tengok gambar2 yang ada, sebenarnya banyak lagi gambarnya tapi aku tak sempat copy dari fotografer sebab dah kena masuk wad :'(

tq yana...dia la yang tolong buatkan props ni :D

gambar dengan scan baby 

Huhu fokus kat perut...ni semua kawan2 yang tolong posingkan

pinjam bear yana dengan kasut uni

haaaaa k.zura ni cooming soon, tahun depan dia pulak. hihihi
ni la, kengkawan yang spoting...sanggup balik lambat untuk jadi model props. Tq semua :D 
Rindu dengan kengkawan opis...makan sama2, borak2...hepi je. Kat sini bosan tapi nasib baik kitorang masih boleh wassap. Terhibur gak hati ni :P