Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Ke Blog Saya

Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Ke Blog Saya

Online website templates

Followers

Monday 20 January 2014

WallpApEr MuRaH

Assalamualaikum...

sejak aku masuk group kat fb "nak hias rumah macam mana ek..." makin semangat nak mendeko rumah. seronok tengok rumah diorang cantik2...yang paling best kitorang berkongsi idea. dan....diorang jugak yang memperkenalkan KAISON ni kat aku. memang terbaikkkk lahhh tempatnya...harga memang murah dan berpatutan. setelah aku goda2 suami (kikiki ayat tak boleh bla) maka....dia pun setuju nak bawak aku soping kat sana. horeyyyy
tengok dari luar pun dah teruja...ni outlet kat kl festival city, danau kota
rambang mata woooo, wallpaper murah je...rm 19.90

hasil rembatan

^

^

^

^

^

^

^

^

^
barang2 deko garden yang banyak....puas hati dapat cari rumput tiruan
 aku tak beli satu pun wallpaper sebab suami tak bagi tampal2 kat rumah....sayang cat dinding katanya...waaaaa nangis :'(

tapi.....pada suatu hari (kikiki macam pertandingan bercerita budak sekolah)
geng group post pasal wallpaper termurah kat kedai 5 sen maju sg besar. 
murahkan....rm 3.50 je untuk 2 meter
coraknya cantik2...sampai tak tau nak pilih mana satu, sudahnya...ambik semua yang bekenan...habis cite... 
sampai rumah pening memikir nak tampal kat mana selain dinding....
pasang kat pintu tandas je...pintu asal memang tak cantik, dah kotor2...untuk pintu ni aku guna 1 roll setengah je...
ni wallpaper bilik kitorang kat rumah mertua...(setelah dapat keizinan suami) yesss dapat jugak pasang kat dinding :D
dinding ni asyik tukar2 hiasan je...lepas ni dah tak tukar kot...sayang wallpaper tu...aku guna 4 roll je untuk dinding ni...total rm 14.00
tak jadi kitorang nak tukar pintu bilik tu...jimat sikit...hanya bermodalkan rm 7.00 je...
pintu kayu ni pun ditampal wallpaper....corak dia soft je...i like
sila abaikan yang bekedut2 tu...pintu ni belekuk2 :'(
walaupun murah harga wallpaper ni tapi cara pemasangannya mudah je. macam tampal stiker, siap gam dan senang bukak balik kalau tesilap tampal. cuma ketahanannya aku belum pasti...harap2 ok, tak semestinya barang yang murah ni tak elok dan barang yang mahal tu elok. yang penting cara penjagaan kita mestilah baik dan cermat....ok tataaa... 

Tuesday 14 January 2014

DeKo BiLiK TiDuR

Assalamualaikum... 

masih lagi dalam mood mendeko...tapi kali ni aku nak kongsi deko bilik yang tak seberapa... al-kisah bilik baru kitorang kat rumah mertua. bilik lama kat tingkat atas, memandangkan susah nak turun naik tangga...jadi kitorang buat bilik bawah. maka ni la hasilnya...simple je...

hiasan dinding hitam putih tu hasil keras tanganku...
yang pink bejuntai2 tu tirai lama yang hampir nak dibuang...tapi aku kutip balik.. 
tukar cadar 3D dan hiasan dinding atas kepala katil...tapi macam tak berapa ceria pulak... 
tambah hiasan bunga sikit...
yang ni bilik kat rumah kitorang...pink colour 
tirai terbuang tadi dah melekat kat jam ikea ni...
best jugak beli jam ikea ni sebab boleh deko ikut citarasa sendiri :D

projek deko lepas ni, nak ber garden pulak...tataaa