Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Ke Blog Saya

Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Ke Blog Saya

Online website templates

Followers

Sunday 31 March 2013

Redha Dengan KetentuanNya


Bidadari syurga kami...
Tempoh 37 minggu 4 hari usia kandungan yang berada di dalam perutku amat membahagiakan aku dan suami. Kami mengharapkan anak yang bakal lahir nanti sihat, sempurna dan solehah....serta dapat menceriakan lagi rumahtangga kami dengan gelak tawa, tangis seorang bayi. Namun, sebagai hambaNya kami redha walaupun bukan senang untuk menerima hakikat sebuah kehilangan orang yang tersayang. 

Tapi biarlah ada sikit memori tentangnya tercatat dalam diari kami suami isteri. Walaupun Allah pinjamkan IRDINA selama 8 hari tapi ianya amat bermakna buat kami yang telah lama menanti hampir 9 tahun. Aku bersyukur dapat merasai nikmat mengandung dan melahirkan zuriat kami...ianya pengalaman yang cukup indah dalam hidup aku. Sudah 3 minggu jenazah IRDINA selamat disemadikan dan sudah 29 hari aku berpantang. Terasa sunyi dan janggal berpantang tanpa baby di sisi. 

22/1/2013 - Check up 32 minggu dengan dr. hazim di hospital p.jaya. Dr scan, uri aku macam rendah. Tapi dr nakkan kepastian, dia suruh aku minum banyak2 sampai nak terkencing baru scan balik. Dan keputusannya...memang uri aku rendah (plasenta previa type 2). Dr panggil suami...bagi tau aku kena tahan wad sampai bersalin. Aku dengar macam nak pengsan...6 minggu kena duduk wad, cezer tunggu 38 minggu. Kalau ikutkan dr, hari ni jugak aku kena admit tapi aku merayu dengan dr...sebab tak bawa baju dan barang2 baby...keje kat opis pun kena settle kan jugak. Jadi, dr bagi masa untuk aku settle kan semua tu dan dia pesan kalau bleding terus pegi hospital yang berdekatan...jangan buat keje yang berat2, kena banyak rehat. 

27/1/2013 - Admit wad 2A katil 12, Dr terus check tekanan darah, ambil darah dan buat ctg. Sedih, sunyi, bosan...semua ada, tapi aku cuba kuatkan semangat. Selama 8 tahun kami tunggu...alhamdulillah aku mengandung, ini 6 minggu...takkan aku tak boleh sabarkan...jadi, aku cuba isi masa lapang kat hospital ni dengan macam2 aktiviti. Lama2 duduk sini aku dapat ramai kawan, yang senasib dengan aku ada 5 orang...jadi kitorang selalu tengok tv sama2, borak2, makan2. Yang paling best sekali kat sini, kitorang yang jadi penghuni tetap wad ni boleh oder makanan. Setiap minggu kitorang akan susun menu dan hantar pada  nurse untuk diorang masukkan dalam sistem. Pastu nurse kat sini dah jadi macam kawan, diorang mesra sangat...siap gelar aku ni penghulu sebab senior antara kawan2 kat sini. Ni antara menu special yang kitorang oder...sebenarnya banyak lagi, tapi tak sempat ambil gambar sebab dah lapar sangat...

Nasi goreng ayam

Nasi goreng cina + ayam

Mee goreng + ayam
13/2/2013 - Scan dengan dr hazim, aku sentiasa doa uri ni naik pastu boleh balik rumah. Rindu sangat dengan suami, family dan kawan2 opis. Setiap minggu aku menunggu kedatangan suami dengan makanan2 yang aku oder siap2...yelah, kat sini aku tak dibenarkan turun ke cafe kecuali ada orang tolak naik kerusi roda...tapi kalau aku teringin sangat nak makan apa2, terpaksa aku kirim kat kakak cleaner atau adik yang hantar makanan. Keputusan scan, uri masih kat bawah type 2, air ketuban banyak, baby kecik 1.6 kg kandungan 35 minggu dan baby songsang. Aku tanya dr, baby saya kecik tapi dia sihat tak? Dr cakap baby ok tapi kecik...lega sikit, mungkin baby ikut baka umi kot...sebab badan aku kecik je. Tapi masih ada masa untuk baby membesar, aku kena minum susu dan makan banyak2. Sepanjang mengandung, aku dengan baby ok je...sihat. Tapi duduk hospital ni macam2 masalah pulak...bila kandungan dah 8 bulan baru dr dapat detect macam2. Aku sentiasa berdoa semoga baby sihat dan sentiasa dilindungi Allah...

20/2/2013 - Scan semula tengok perkembangan baby, 1.9 kg 36 minggu dan keadaan uri, air ketuban dan kedudukan baby tetap sama macam scan yang lepas. Dr teruskan rawatan untuk buat grow chart, doppler dan minum air gula. Alhamdulillah aku takde kencing manis. 

25/2/2013 - Pagi2 nurse buat ctg, baby pulak sangat aktif masa ni. Bacaan graf ctg menunjukkan contraction tapi aku tak rasa sakit langsung. Nurse sentiasa check contraction ikut masa, tapi tak kerap sangat. Dr Huda, dr wad 2A pun check contraction, pastu dia terus oder ventilator untuk baby...dia takut aku bersalin awal. Dr huda ni bagus betul...dia setia check contraction sambil buat keje kat tepi katil aku. Pastu Dr hashlina, dr pakar wad 2A datang tanya keadaan aku dan terus scan detail lagi dengan dr hamidah. Aku susah hati sangat sebab suami tengah final exam sampai 27/2/2013. Aku doa dan usap2 perut pujuk baby... janganla bersalin awal, biarla suami aku selesai final examnya. Aku cuba rahsiakan kat suami apa yang berlaku hari ni tapi...tak boleh, suami call lepas habis exam...aku terus nangis, sedih...

27/2/2013 - Dr hamidah scan detail ukuran baby tapi dia tak sempat nak terangkan kat aku sebab dia ada kes lain. 

1/3/2013 - Suami datang bawak makanan, yela kan...nanti pantang tak boleh makan macam2. Tengah kitorang mencekik..nurse datang nak bawak aku pegi buat doppler dan result kena tunggu dr hazim.

2/3/2013 - Pukul 5.30 pagi aku bangun nak terkencing, dalam keadaan ngantuk masuk tandas...tiba2 aku tekejut nampak darah penuh kat mangkuk tandas. Aku terus keluar bagi tau dr....kelam kabut nurse semua suruh aku baring. Pastu diorang sentiasa pantau keadaan aku. Dua Tiga orang dr sentiasa datang pastu diorang terus call dr hazim untuk emegency cezer tengah hari ni sebab aku dah bleding, bahaya kalau plasenta previa dah bleding...memang terus kena cezer. Aku kena masuk air sebab dah mula kena puasa. Nurse buat ctg, memang ada contraction dan aku pun dapat rasakan baby asyik mengeras aje...tapi aku tak rasa sakit langsung. 

Pastu terus call suami, mak dan k.zura bagi tau aku dah nak bersalin. Memang kebetulan diorang semua nak datang sini untuk melawat aku, tak sangka baby ni nak keluar hari ni. Macam2 perasaan masa ni...takut campur gembira nak bersalin. Nurse suruh aku mandi siap2 untuk dibawa ke dewan bedah. Kalau ikut tarikh cezer aku 8/3/2013, lagi seminggu je lagi tapi dah bleding pulak...baby tak sabar nak keluar...

Lebih kurang pukul 1 tengah hari, nurse datang untuk bawa aku ke dewan bedah. Suami dan family semua bagi sokongan kat aku yang tengah tekejut lagi sebenarnya. Aku salam diorang mohon maaf dan mohon restu, airmata aku terus mengalir...tak tau kenapa tapi rasa macam sebak sangat...Sampai dewan bedah, aku menggigil kesejukan...nurse selimutkan dengan selimut haba, baru aku lega skit sampai tertido. Aku direhatkan kejap sebab dr hazim dalam perjalanan ke hospital. 

Dalam pukul 2 petang dr hazim sampai, aku terus dimasukkan dalam bilik bedah...seram sejuk tengok lampu2 kat atas, dengan peralatan bedah semua dah siap. Dr hazim sempat lagi senyum dan tanya keadaan aku, tanya suami dah sampai belum. Dr bius minta aku duduk lembutkan badan dan peluk bantal untuk dia masukkan ubat bius kat tulang belakang. 3 jarum yang aku dapat rasa dr cucuk tapi tak sakit sangat. Pastu dr suruh baring dan angkat kaki, aku tak boleh angkat kaki...berat sangat. Dr cakap ok puan, bius dah jalan...kita mulakan pembedahan sekarang. 

Mata aku tak pandang kat tempat lain, asyik tengok lampu kat atas sebab ada pantulan...boleh nampak perut aku diorang kerjakan. Dr bius sentiasa pantau aku dan diorang ajak bersembang, mungkin tak bagi aku tido tapi aku tak layan sangat sebab nak tengok baby keluar. Aku nampak satu persatu dr buat untuk keluarkan baby, darah banyak keluar...air ketuban teramatla banyak pastu keluarla IRDINA ke dunia pukul 2.14 petang...Alhamdulillah

Aku syukur sangat bila nampak kaki baby keluar dulu pastu dr pusing2 baby untuk keluarkan badan dan kepala sebab baby aku songsang. Rasa macam nak mengalir air mata bila nampak baby selamat dilahirkan...putih, bersih, comel sangat...masih terbayang muka IRDINA masa keluar dari perut aku. Aku sempat panggil dr, tanya baby saya tak nangis ke? Dr cakap nangis tapi suara dia kecik je. Tak lama lepas tu ada sorang dr atau nurse aku tak pasti...dia bagi tau...puan, baby puan kita terus hantar ke nicu ye sebab pernafasannya tak stabil. Aku jadi susah hati tapi tetap berdoa moga baby selamat. 

Selesai semuanya, aku terus dibawa ke bilik pemulihan...untuk kurangkan rasa menggigil kesejukan dan diorang pantau keadaan aku dengan check tekanan darah. Bila dah stabil, aku terus dibawa ke wad. Semua family dengan k.zura datang tengok aku...mula2 aku boleh sembang dengan diorang tapi lama2 aku ngantuk sangat, kesan ubat bius. 

3/3/2013 - Suami bawa aku ke nicu untuk tengok anak kami, semalam aku tengok dalam handphone suami je. Keadaan IRDINA stabil setakat ni cuma perlukan bantuan oksigen. 

4/3/2013 - Dr pakar kanak2 nak jumpa..sebelum masuk bilik dr, suami pesan kat aku...kite redha ye yang apa yang dr nak cakap pasal anak kita. Aku tenang je, tapi bila dr terangkan keadaan anak kami...air mata aku terus mengalir...Ya Allah, beratnya ujian yang engkau berikan padaku...berilah aku kekuatan dan kesabaran untuk menerimanya dengan sabar dan redha. Dr dan suami cuba tenangkan aku. Kesiannya anak umi, jantungnya bengkak dan berlubang, paru2 pun bermasalah...jadi dia tak boleh bernafas dengan baik. Hari ni dr bagi aku balik rumah tapi berat hati nak tinggalkan IRDINA sorang2 kt sini. Jadi kami buat keputusan nak pindahkan ke hospital t.intan, dekat sikit nak tengok hari2.

5/3/2013 - IRDINA dibawa naik ambulans ke IJN untuk check keadaan jantungnya. Pastu terus ke hospital t.intan, suami dah tunggu kat hospital untuk uruskan pendaftaran masuk ke nicu kanak2. Setiap kali kami datang sini, mesti nurse bagi kami riba IRDINA. Kami sempat nyusukan dia melalui tiub, nurse ajarkan cara yang betul. IRDINA manja sangat dengan abi dia, kalau aku riba dia nangis..pastu aku bagi kat abi, terus dia diam siap tetido lagi...alahai...memang anak manja abi. Jeles umi tauuu...

IRDINA dalam inkubator dengan bantuan oksigen
Pandai abi tidokan IRDINA
10/3/2013 - Pukul 12.10 tengah hari, aku dapat panggilan dari hospital...dr cakap pernafasan anak kami dah lemah. Pukul 1.30 petang kami sampai, tengok keadaan IRDINA memang lemah sangat...tak macam selalu kami datang...dia aktif. Nurse bedungkan dan bagi aku riba, bacaan jantung dia pun rendah tak macam selalu. Sedih sangat masa ni, aku sempat pesan IRDINA, tunggu umi dengan abi kat pintu syurga ye sayang...suami syahadahkan kat tepi telinga dia. Pukul 1.50 petang IRDINA menghembuskan nafasnya yang terakhir. Umi redha dengan pemergianmu sayang...

Kami bawa balik jenazah IRDINA dan itulah kali pertama kami sekeluarga satu kereta dan itulah kali terakhir. Jenazah diurus sendiri oleh suami dan ibu mertua, selesai dikapankan...semua orang cakap muka anak kami macam muka aku...comel IRDINA pakai telekong. 

Semoga kami suami isteri lebih tabah dengan ujianNya, mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Bila aku fikirkan balik, ada hikmahnya aku kena admit wad selama sebulan lebih...Allah nak bagi aku peluang untuk luangkan masa dengan baby dalam perut, kalau kat rumah, kat tempat kerja...mesti aku sibuk dengan tugas2 seharian. Dekat hospital memang aku sentiasa belai baby dalam perut, sembang2 dan berkongsi segala2nya. Umi sayang sangat kat IRDINA tapi apakan daya...Allah lebih sayangkan sayang....umi redha sayang...umi yakin Allah telah mengaturkan yang terbaik buat kita... 

Sesungguhnya IRDINA adalah bidadari syurga umi dan abi yang setia menanti di sana...Al-Fatihah buatmu sayang...


31 comments:

  1. meleleh air mate kite saat bace kisah akak nie....
    sabar dan terus sabar yer kak...dan setiap kesabaran yang akak lalui ini akan Allah balas dengan sebuah kegembiraan nanti...insyaAllah...

    ReplyDelete
  2. Salam takziah.. Semoga kehilangan ini digantikan dengan yang lebih baik dari Allah.. Semoga awak tabah menghadapi dugaan ini.. Saya pun warded di 2A katil 5 since 1 mac 2013. Tak sempat nak berkenalan..

    ReplyDelete
  3. Keep strong kak.. Baby Irdina akan kekal di hati & doa kita semua..

    ReplyDelete
  4. Mmg betul la iza... irdina ikut muka iza first time lucy tgk dh tdetik dlm hati ikut muka iza lah... sedih bc rentetan kisah iza rupanya time iza dtg lawat lucy tu iza dh busy scan bby segala... Alfatihah untuk Irdina moga iza suami n keluarga sabar menempuh ujian dr Allah sesungguhnya Allah lebih tau apa yg tbaik untuk umatnya... Insyallah ada rancangan yg baik dr Allah buat iza n suami amin

    ReplyDelete
  5. Alfatihah n Takziah buat iza suami n keluarga.... semoga tenang sabar tabah menghadapi ujian dr Allah. .. sesungguhnya Allah ada rancangan lebih baik buat korang n Dia lebih tau apa yg terbaik untuk umatnya... sedih bc kisah iza rupanya sibuk2 iza scan bby segala dpt juga mluangkn masa lawat lucy n bby... terima kasih sb dtg n bkongsi kgembiraan semoga Allah berkati iza suami selalu Amin Amin

    ReplyDelete
  6. Terima kasih semua atas doa kalian....amin

    ReplyDelete
  7. Kak sedih sangat,menangis liya bace!! Liya paham perasaan akk,akk kene tabah ea! Insyallah ada rezki anak nanti.. Irdina ikut muke akk,sangat comrl sangat cantik!!rase nak peluk akk jewww:((

    ReplyDelete
  8. Sedih sangat kak!!!:( x sempat nk jumpe akk kat hospital hari tuh.

    ReplyDelete
  9. Ya Allah..kuat nye dugaa. dan ujian awk..sedih

    Comel nye Dina

    ReplyDelete
  10. Sekali baca okay lagi...Dua kali bagi Umaiara nangiss...Sedih la...
    Awk duk teluk Intan? Kat mane ya??

    ReplyDelete
  11. Sabar yee.. sya sedih sebab gugur.. tp cite awak lagi menyedihkan.. sabar yee.. insyaAllah ada rezeki kta nanti..

    ReplyDelete
  12. menitis airmata.. sabar yee.. insyaAllah, Allah Maha Mengetahui.. da hikmah setiap kejadian, saya baru keguguran, yang sedihnya saya xsedar sedang hamil..

    ReplyDelete
  13. salam..ada hikmah semuanya....semoga anda tabah...

    ReplyDelete
  14. Al Fatihah utk Irdina...
    bberbahgialah dia dSana smbil mnunggu ummi & abinya.
    Bce entry ni wt sy tbyg2 pengalaman yg pnh sy lalui. Btabahlah.. Ssuguhnya Dia yg maha mengetahui apa yg tbaik utk kita.

    ReplyDelete
  15. meleleh air mata sy baca entri akak ni.
    al-fatihah untuk Irdina.
    insyaAllah Irdina tunggu Umi & abi dia kat syurga.

    http://ninimohd.blogspot.com

    ReplyDelete
  16. Sedih dan sebak membaca entry pada kali ni.. Bila baca entry ni membuatkan kita berfikir semula bahawa semuanya adalah pinjaman daripada-Nya. Yang penting kita hanya perlu redha dan berfikiran bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

    Kepada Umi & Abi Irdina.. Semoga kalian kuat dalam menghadapi dugaan-Nya. In Sha Allah Irdina telahpun menunggu Umi dan Abi nya di syurga.. Amin.

    ReplyDelete
  17. Sedih sgt baca entry awk nangis teresak2 sbb saya faham perasaan awk,saya pun dh menunggu 4 tahun utk dptkn zuriat.saya disahkan pcos oleh doktor..sblm ni pun sy mcm awak gak pelbagai cara ikhtiar utk dapatkan anak tp lum lg ada rezeki.mgkn ini ujian buat saya dan suami

    ReplyDelete
  18. sedih sgt smpai teresak2 saya nangis..sbb saya faham akan situasi ini..saya pun dalam penantian di kurniakan zuriat stlh 4 tahun melayari kehidupan suami isteri..mgkn ini ujian utk kita.Al Fatihah untuk Irdina

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum Iza...
    Ya Allah, saya langsung tak tahu psl ni..maybe masa entry di buat saya sdg struggle dgn kandungan saya yg gugur..
    Allah Maha Besar Iza kan..mst ada 1 hikmah yg kita xtau..Kuatkan smgt dan saya doakan agar iza dan hubby tabah dan ada good news lg lps ni..
    Sedih sgt saya baca entry ni, dugaan Allah pd hambaNya tak sama..
    In Shaa Allah Irdina sedang menunggu kalian di pintu syurga..

    ReplyDelete
  20. Hai Iza,
    Firstly sorry sebab baru tau pasal nih. Takziah untuk awk dan family. Arwah Irdina sangat comel. Sy harap awk & suami kuat semangat tempuhi ujian nih. Allah tau awk kuat, sebab tuh Dia uji awk. In shaa Allah Irdina tunggu awk di syurga. Be strong! Hugss.

    ReplyDelete
  21. Kisah iza lebih kurang kisah saya. Saya juga 9 tahun plus menunggu anak sulung kami. Kandungan high risk dgn 4 fibroid besar saiz dr 5-8 cm dan ada byk lg yg kecil, placenta previa type 2-3 dan baby melintang. Sejak kandungan 5 minggu doc suruh saya berdoa byk2 kerana fibroid sgt besar boleh ganggu pembesaran baby. Alhamdulillah baby survive. Operation sgt sukar. Darah keluar memancut spt air paip. Saya kehilangan hampir kesemua darah dlm badan. Baby lemas 25 min kerana sukar dikeluarkan. Baby keluar tanpa tangisan, biru kaki dan tangan. Doc ckp both of us almost past away. Tapi kuasa Allah, alhamdulillah kami dipanjangkan umur. Saya ada catatkan dlm http://www.anakhalifah.blogspot.com/2012/12/7-hari-yang-mendebarkan.html

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum..takziah buat akak sekeluarga..moga tabah mghadapi setiap dugaannya...
    Akak sorg yg tabah,sabar dlm mghadapi setiap dugaan dr awal utk pregnant hingga akhirnya..
    saya juga blum dikurniakan seorg anak pun walaupun sudah hampir 9 tahun perkahwinan...tapi..sy tidak setabah akak utk mghadapi setiap dugaan yg bakal menjelma..
    Al-fatihah buat Irdina...Amin

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum.. kak, saya pun masih blum hamil. Tercari- cari artikel berkaitan kesuburan, terjumpa post akak tntang usaha hamil... lpas tu saya tgk update terkini akak..saya trbaca mngnai prkara ini. saya mnangis kak mmbaca entry akak yg mnyentuh hati ini... benarlah kita hnya mmpu mrancang...

    ReplyDelete
  24. Ya allah. Sy fhm tak mampu menanggung keperitan kehilangan anak..sy pun br mengalaminya..arwah bayi sy cuma mampu hidup 11hr...berpantang tanpa bayi tersayang...

    ReplyDelete
  25. Takziah...Sedihnye kisah ni...mengalir airmata ni...kuatkan smgat sis...ade hikmah semua tu.

    ReplyDelete
  26. Takziah sis...sedihnye kisah ni..jatuh gak airmata ni...tabahkn hati & kuatkn smgat..ssungguhnya setiap ape yg blaku ade hikmahnya..Allah S.W.T maha adil n bijaksana.

    ReplyDelete
  27. takziah sis... semangat sy baca usaha mndapatkan zuriat dari part 1.. bila tau ending mcm ni.. sayunya rasa... kita ni nakkan zuriat Allah uji mcam2. budak2 yg preggy buang merata.. sabar yea..

    ReplyDelete
  28. Takziah kak..meleleh airmata baca ni..semuanya sudah ketentuan Allah..Dia tidak akan ambil melainkan utk memberikan yang lebih baik. Saya pun TTCian..

    ReplyDelete
  29. Takziah kak.. sedey sgt baca citer kak.. sungguh besar ujian yg Allah berikan kpd akk dan keluarga.. Smoga syurga milik akk.. :)

    http://anakummicomel.blogspot.com

    ReplyDelete
  30. Sy pun menangis bc kisah ni..lg sedih dr kisah sy..ada yg sama pnglmn dgn sy tp sy operate fibroid 12 biji,5 hari je kt hospital tu pun rasa mcm2 dh..harap sy pun diberi ketabahan sebegini..sy pun dh 4thn kawin xda anak lg..mmg ada hikmahkan setiap ujian yg Allah beri pada kita..kena sentiasa bersangka positif :)

    ReplyDelete