Assalamualaikum...
Dah lama aku tak apdet blog
yang semakin terbiar ni...
Sebab??? hmmm rasanya takde cite
yang menarik nak dikongsi.
Lagipun, start keje lepas cuti bepantang...
keje banyak sangat, busy..
setiap hujung minggu kene jaga kursus.
setiap hujung minggu kene jaga kursus.
Hambikkk kau...tula, dulu cuti lame sangat
sampai 4 bulan...
Alhamdulillah aku semakin kuat semangat sekarang
dengan sokongan keluarga dan kawan2..
Teringat sorang ustaz ni pesan...jangan sedih,
sebab irdina tu saham kat akhirat...
Tak semua orang di pilih untuk
dapat anugerah yang bernilai tu...
jom baca ni....
“Anak-anak yang mati sebelum
baligh menyambut ayah-bondanya di pintu syurga”.“Anak-anak Muslim yang
meninggal di waktu kecil, ertinya sebelum baligh di Barzakh dikumpulkan
pada suatu tempat dan diasuh oleh Nabi Ibrahim.
Setelah kiamat nanti
mereka itu langsung dipindahkan ke syurga akhirat. Jadi mereka ini tidak
mengalami panas matahari, tidak melalui hisab, iaitu pengadilan di
Mahkamah Rabbul-Jali. Tidak melalui mizan, dan tidak meniti Titian
Shirathal-Mustakim yang terbentang di punggung
api Neraka Jahannam itu.
api Neraka Jahannam itu.
Mereka ini setelah dibangkitkan langsung dipindahkan ke dalam syurga
Jannatun Naim”.“Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak ini
lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kepada ayah dan bondanya, lupa
kepada kampong halamannya, lupa semuanya.
Pada suatu hari nanti, ketika
mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, tiba-tiba ada
malaikat memberitahukan: Hai Wildan (anak-anak yang mati sebelum
baligh), lupakah engkau kepada ayah-bondamu? Sekarang mereka sudah
berada di pintu syurga.
Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali
kepada ayah-bonda mereka yang selama ini mereka lupakan”.“Lalu mereka
ambil air untuk diminum, makanan dan pakaian, lantas mereka itu
berlari-lari sambil menangis menuju pintu syurga”.“Setelah terompet
berbunyi, pintu syurga terbuka, maka sekalian orang berhamburan masuk ke
dalam syurga itu, dan ketika itulah anak-anak ini sibuk mencari
ayah-bondanya.
Mereka berjalan ke sana-sini mencari tetapi tidak
berjumpa. Sambil menangis membawa minuman, pergilah mereka kepada
malaikat menanyakan: Oh, Malaikat, mana ayah dan bondaku? Kata mereka
sambil menangis”.”Malaikat menjawab: Oh wildan, malang kamu, ayah dan
bondamu
terjatuh ke dalam neraka.
terjatuh ke dalam neraka.
Mendengar hal yang demikian maka
anak-anak ini menangis dengan ratapan yang menyayat hati. Oh ibuku, Oh
ayahku. Apakah kesalahanmu, ayah. Apa dosamu, ibu, maka sampai terjatuh
ke dalam neraka.
Mereka menangis dan meratap”.“Kata malaikat: Hai
Wildan, jangan menangis, mengadulah kepada Nabi Muhammad SAW”.“Setelah
anak-anak ini mengadu kepada Nabi Muhammad, lantas Nabi mengangkat kedua
tangannya berdoa, lalu dikeluarkan orang-orang mukmin yang berada
di dalam neraka itu”.
di dalam neraka itu”.
“Setelah bertemu dengan anak dipintu syurga anak yang
meninggal di waktu masih kecil, yang menjadi kerinduan siang malam
selama ini, aduh gembiranya tidak terhingga. Berfirman Allah SWT dalam
Al-Quran:”
Pada hari itu mereka berjumpa
dalam keadaan gembira.
dalam keadaan gembira.
(Ad-Dahr:
11)
Umi n abi buatkan batu nisan baru untuk Irdina |
Pusara Irdina |
Damailah Dikau Di Sana Wahai Irdina
Dirimu pergi tanpa secalit dosa
Sesungguhnya dikau antara penghuni
Syurga Firdausi
Dirimu pergi penuh sempurna,
penuh ketenangan dan keindahan
Dirimu pergi meninggalkan seribu satu
kenangan buat umi dan abi...
Benar kata2 iza, sekurang kurangnya iza ada saham akhirat.... I doakan iza terus tabah dan redha, berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul. Tapi berbahagialah, kerana iza insan terpilih, pasti ganjaran Allah amat besar buat iza sekeluarga diuji sebegini.
ReplyDeleteamin...t.kasih :)
ReplyDelete