Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Ke Blog Saya

Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Ke Blog Saya

Online website templates

Followers

Thursday, 30 August 2018

IrFaN 4 TaHuN

Assalamualaikum....

Setelah sekian lame menyepi tak apdet blog....
hari ni aku merajinkan diri menggerakkan 
jari jemariku untuk menaip hahahahaha

Alhamdulillah irfan membesar dengan sihat, 
semakin keletah dan cerdik...
macam2 ragam...selalu buat umi dan abi ketawa, 
selalu gak buat kami betukar menjadi raksaksa jadian kikikiki 

Biasala kan...budak2 sedang membesar 
memang menguji kesabaran
tapi tu semua akan jadi kenangan manis 
dalam membesarkan anak2

Syukur ya Allah dengan kurniaanmu...
 umi dan abi sentiasa doakan irfan menjadi 
anak yang soleh, berjaya dunia dan akhirat 
dan sentiasa dipelihara oleh Allah
Aamiin...

idea tak berapa ada ni...kita layan gambar jelah ye....

kemain budak2 ni posing hehehe

aktiviti kat sekolah main pasir

aktiviti gunting menggunting 

aktiviti tampal menampal

minum pagi makan buah2an

ewah2 kena peluk ngan awek hahahahaha

terima kasih cikgu dan kawan2 sudi beraya rumah irfan

tunggu kfc sampai

cita2 dia nak masuk sekolah tahfiz...umi doakan semoga tercapai

adoi la anak....senyap2 dia pakai tudung umi
tapi umi berangan....kalau ada adik perempuan macam ni lah kot mukanya hahahahaha


okla setakat ni je karangan pendek hari ni
kalau rajin nanti apdet lagi
tataaaa








Thursday, 12 March 2015

mAjLiS aKiKaH iRfAn


Assalamualaikum...

Entry ni dah lama teperam kat draf, nak post tapi aku tak abis-abis mengedit....walaupun cite dah lame tapi aku nak story gak kat sini...

6 disember 2014, umur irfan 2 bulan 3 hari kitorang buat majlis kesyukuran dan akikah. time ni aku masih cuti lagi...jadi bolehla rancang majlis...cuma aku tak boleh nak keluar rumah cari barang. jadinya semua persiapan aku oder online aje.

dah lama aku teringin nak buat majlis akikah siap ade pelamin....sejak anak sulung lagi tapi tak kesampaian. untuk majlis irfan ni, aku oder pelamin dari rakan fb...orang sungai besar je...kebetulan dekat dengan rumah.  harga untuk pelamin ni bagi aku ok dan berpatutan...rm 250 

Tema merah putih
untuk goodies pulak aku oder dari kelantan melalui fb gak....jauh kan...jadi dia pos tumpang bas dari kelantan ke klang sentral. berbaloi rasanya dapat bagi tetamu goodies ni....sos dia sedap. harga untuk 1 set keropok dengan sos rm 2, kos pengangkutan pulak dia cas rm 40.

gambar ni dari fb kak wan produk
t.kasih pada adik aku ni...dialah yang ambik goodies ni kat klang sentral. perkhidmatan dia siap belikan beg goodies pastu siap pakingkan sekali...huhhh terbaik la....

goodies yang simple je...
jurukamera pulak aku ambik kenalan fb...akak ni antara yang termurah aku servey. harga rm 180 untuk photoshoot (gambar x terkira...banyak sangat), 1 album (40 keping gambar), 1 keping gambar besar & 1 cd.

ni antara gambar-gambar yang dia shoot..

umi sayang irfan
abi pun sayang irfan
cinta hati kami
umi ngan abi posing...irfan sedap tido...
my family
majlis dimulakan dengan mengaji surah lukman didengarkan untuk irfan, pastu bertahnik @ belah mulut....last sekali irfan dikelilingkan diiringi selawat.
tahnik kurma, air zam zam & madu
 lena irfan tido dengar selawat
masa majlis ni irfan tido je sebab 1 malam dia berjaga...tak tido langsung. fuhhh mata aku dah macam panda...semua orang tegur nape muka aku macam orang sakit. ermmm dugaan nak kenduri....tapi hikmahnya irfan baik je, tak meragam sebab dia tido memanjang. yang tak bestnya....semua gambar dia tutup mata.
oittt tutup mulut...kang masuk lalat 
lena dalam buai
selesai majlis, celebrate besday adik-adik aku pulak...senang sekali celebrate je...diorang ni lahir bulan november & disember...kira aci la kan sekali sambut je...jimat ahkak dik....hahah
besday boy & girl...semoga adik-adik ahkak panjang umur, murah rezeki, diberikan kesihatan yang baik, sentiasa mendapat keredhaan Allah...amin
senyum lebor kome yer...maklumla, semua di sponser...celebrate tahun ni siap pelamin lagi... kelas kau jah....
posing sakan....
Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. terima kasih pada semua tetamu yang sudi datang...


Tuesday, 20 January 2015

pELuAnG KeDuA.....PrEgNaNt DaN BeRsAliN


Assalamualaikum...

Lama betul aku menyepi...niat di hati memang nak apdet blog tapi tahap kesihatan masa pregnant tak mengizinkan...

Syukur Alhamdulillah....aku telah selamat melahirkan baby boy secara cezer pada 3 okt 2014 jam 11.05 pagi di hospital putrajaya. Tahun lepas, mac 2013 kami telah diuji oleh Allah apabila cahaya mata yang dinanti selama 9 tahun telah kembali kepada penciptaNya....dan kami sempat merasa selama 8 hari bergelar Abi dan Umi. 

Namun, rezeki kami...aku telah disahkan pregnant lagi setelah 10 bulan kemudian dan oktober 2014 aku telah selamat melahirkan anugerah yang Allah kurniakan buat kami. Percayalah..janji Allah itu pasti. 

Kepada sahabat-sahabat yang masih berusaha ber TTC...aku doakan semoga korang semua kuat dan tak mudah putus asa. Sentiasalah mohon kepadaNya...sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yang terbaik buat hambaNya. 

Ok, aku nak kongsi skit pengalaman pregnant anak kedua ni...sungguh mencabar berbanding yang lepas. kalau dulu memang aku mabuk tapi mabuk kali ni lagi teruk....aku MC selama 2 bulan dan sebanyak 3 kali aku keluar masuk wad. entah berapa puluh botol masuk air...aku pun tak tau. yang peliknya....kat hospital aku sihat dan boleh makan, tapi bila balik rumah...badan lemah sangat sebab tak lalu nak makan. haihhh baby suka duduk hospital agaknya...

Dalam keadaan mabuk tu jugak...aku kena check up banyak tempat sebab baby yang lepas ada kes. mula-mula memang la kena buat buku merah kat klinik kesihatan, pastu kena check up tiap bulan dengan doktor hazim kat hospital putrajaya....dah macam doktor peribadi doktor hazim ni...dia rawat aku dari tahun 2011 sampai 2014...2 orang anak aku dia yang sambut...terima kasih doktor hazim...hanya Allah saja yang dapat balas budi baik doktor.

Kandungan 12 minggu aku kena pegi HKL untuk buat ujian darah NIFTY...sample darah aku dibawa ke hong kong dan telah menjalani ujian saringan untuk tau tahap kesihatan janin. kandungan 20 minggu, kena buat detail scan pulak dengan doktor baskaran kat unit MFM HKL.

37 minggu 4 hari pregnant yang agak mencabar....tapi Alhamdulillah aku mudah bersalin dan tak sakit...Eh...memangla kan...cezer tak sakit sebab bius. keadaan kali ni beza sebab lepas besalin baby diletakkan atas badan ibu walaupun masih di bilik OT. dan kata-kata doktor hazim yang aku tak boleh lupa " Rohaiza...ok??? keluar-keluar dapat ustaz " alhamdulillah....irfan lahir je...doktor yang sambut terus doakan dia menjadi seorang ustaz...Amin.

Syukur...lepas selesai semuanya...aku sihat dan tak ada kesan bius pun. aku tak muntah, tak gatal-gatal muka dan tak pening. Allah saje yang tau betapa gembiranya hati ni bila dapat menatap wajah irfan....memang betul orang cakap...hilang semua sakit bila tengok muka baby. 

Assalamualaikum....nama saya IRFAN, berat saya 2.56 kg aje :D
Sekarang irfan dah 3 bulan 17 hari, dah banyak akal...macam-macam ragam yang buat kami selalu ketawa...semoga dengan kehadiran irfan akan menyerikan lagi rumah tangga kami. Umi dan abi doakan irfan jadi anak yang soleh, cemerlang dunia dan akhirat. Amin.

irfan dah pandai selfie
Okla, rasanya dah cukup panjang karangan aku ni...kalau ikutkan banyak lagi cite aku nak kongsi...tapi tangan dah mula lenguh menaip hahahahaha