Dah lama aku teringin nak share pengalaman kami suami isteri yang gigih berusaha untuk mendapat zuriat. Macam2 rawatan yang kami dah lalui tapi belum ada rezeki.
Tapi aku yakin itu semua ada hikmahnya...
Kami mendirikan rumahtangga dah 8 tahun, kengkawan yang kawin sama tahun ngan kami masing2 dah 3 orang anak. Tapi tak pela kan...itu rezeki diorang. Aku hanya mampu
usaha dan tawakkal.
Rawatan mula2 kami urut tradisional. Aku tak kira berapa orang bidan yang dah urut aku ni...tapi memang ramai, ada yang kata peranakan aku ke bawah sangat, ada yang kata atas sangat. Ish3 pening aku dibuatnya...mana satu yang betul ni???
Rawatan seterusnya, makan ubat homopati...kami suami isteri kena makan ubat ni. Pil aku warna pink, suami warna kuning. Ubat ni manis skit...kawan suami yang suruh kami cuba ubat ni sebab dia dah cuba dan membuahkan hasil. Kami makan dalam 3 bulan je...pastu stop.
Pastu tahun 2006 kakak ipar bawak kami pegi klinik rika pakar sakit puan kat seremban. Dr sahkan aku ada cyst. Suami kena buat ujian sperm kat pathlab. Kena tunggu period bulan depan, datang untuk check up...dan cyst masih ada. Dr buat operation kecil melalui bawah. Aku dipengsankan, sedar2 je semua dah selesai...siap dipakaikan tuala wanita lagi. Seminggu keluar macam darah period tapi tak sakit pun. Kami di bagi ubat untuk kesuburan. Tapi stok ubat cukup untuk bulan tu je...nak ulang alik ke klinik tu memang tak larat, jauh sangat....
Mak mertua pegi umrah dah 2 kali...setiap kali dia pegi mesti tak lupa doakan kami. Pastu belikan ubat dari sana....daun hamil, buah zuriat ngan serbuk debunga kurma. Aku memang jenis tak suka makan ubat...memang paksa2 gak untuk makan semua tu...
 |
Buah zuriat, orang mekah panggil buah doam. Rebus dan minum airnya... |
 |
Serbuk debunga kurma. Minum campur ngan madu... |
Ramai orang suruh aku cuba biodex...beli gak la...untuk mencuba. Harga tak payah cakap la....pejam mata nak membayar untuk set suami isteri. Tapi duit boleh carikan....kami stop ubat ni sebab dulu ada kecoh2 pasal produk ni ada bahan kimia....heeee takut...cepat2 stop. Padahal ubatnya banyak lagi...tak habis makan pun..aku buang...haihhhh membazir :(
 |
Set biodex...ada yang takde dalam gambar....ni pun ehsan google. |
Tahun 2010 kami cuba pegi LPPKN shah alam. Kat sana jumpa ngan dr ismail tambi...hikhik kami malu2 sebab dr cakap takde tapis2, terus terang je...kami kena kaunseling 3 kali. Pastu dr bagi tempoh 3 bulan...dan akhirnya dia bagi pilihan untuk teruskan rawatan. Sebelum tu kami kena buat macam2 ujian...darah, sperm dan tiub fallopian. Aku x-ray tiub fallopian tu kat KPJ shah alam, memang menyakitkan...dia masukkan kamera ikut bawah. Hasil semua check up ok...suami isteri takde masalah. Alhamdulilah...
 |
Dr. ismail tambi....banyak ilmu yang dia dah ajar kami :D |
|
|
|
Tahun 2011 kami ambil keputusan untuk teruskan rawatan kat hospital kerajaan sebab kos murah dan aku boleh guna hrmis untuk penjawat awam. Kami pilih hospital putrajaya.
 |
Tempat kunjungan tetap kami setiap bulan... |
Temujanji pertama dr tengok semua ujian2 yang dah kami buat. Banyak gak sesi soal jawab dr kat kami. Pastu kami mintak proceed terus iui. Tapi tak boleh terus buat sebab dr nak monitor telo aku dulu..kalau besar dan matang baru boleh buat. Kena tunggu period bulan depan, hari kedua amik pil clomid sampai hari keenam. Minggu waktu subur kena ulang alik 2 hari sekali untuk folikel tracking. Fuhhhh penat dan mengantuk sebab perjalanan 2 jam nak kesana.
 |
Pil Clomid...dr tinggikan dos setiap bulan... |
Tiga bulan buat proses yang sama pastu setiap kali dr scan mesti jumpa cyst. haihhhh tumbuh balik rupanya.
 |
Folikel tracking |
 |
Inila rupa cyst...setiap kali scan mesti dr jumpa cyst dalam ovari aku :'( |
Tapi dr teruskan gak untuk proceed iui...tawakkal katanya...pastu dr bagi inject ubat untuk pecahkan telo...selepas 36 jam baru buat iui.
Masa buat iui aku rasa macam nak bersalin...yelah, baring pastu kaki kena kangkang letak atas tempat khas. Masa buat iui, aku rasa sakit ngan tak selesa dan ada pendarahan skit. Dr bagi mc suruh rehat dan makan ubat untuk kuatkan rahim ngan asid folic. Balik rumah, suami jaga aku macam orang peknen...tak bagi buat keje berat2. Best....hehe
 |
iui |
Berdebar2 tunggu tarikh period...harap2 menjadila iui ni...memang period agak lewat skit..dalam 2, 3 hari.Tapi memang belum rezeki kami...aku period. Arghhhh tension sangat masa tu...sedih :'(.
Hari tu kami pegi kenduri, aku tahan kan je perasaan sedih ni. Sampai je umah, belum sempat kuar kete...aku bagi tau suami, "ABI, UMI PERIOD" takde kata2 apa dah masa tu cuma air mata terus mengalir macam air hujan, tersedu2 menangis. Suami terus peluk aku, pujuk dengan bagi kata2 semangat untuk aku tapi dari air muka dia..aku nampak dia pun kecewa jugak...sebab kami memang mengharap iui tu menjadi.
Aku terus call hospital, diorang mintak aku datang sana hari kedua period. Dr ambil keputusan untuk buang cyst dengan laparoscopic. Mungkin itu salah satu faktor kenapa aku susah peknen. Dr tetapkan tarikh untuk aku masuk wad. Ngeee takut pulak rasanya...nak operation ni.
Hari ahad aku masuk wad, isnin operation...kena puasa dulu. Nurse bagi ubat minum untuk cuci usus sebelum operation. Lepas 1/2 jam minum ubat tu, aku terus muntah ngan buang air besar. Memang kosong betul perut masa tu...tak boleh makan apa2 kecuali minum air kosong. Esok pagi, pukul 5 nurse dah kejut suruh aku siap2 pakai baju untuk operation. Lepas solat subuh aku pun siapla...ikut arahan. Pukul 7 pagi nurse sorong aku dalam keadaan baring atas katil khas untuk di bawak ke bilik operation. Tuhan ajela yang tau perasaan berdebar2 aku ni....moga semuanya selamat.
Ada 3 orang dr bius keliling aku...diorang tau kot yang aku ni tengah takut, jadi diorang ni siap nyanyi2...pastu tanya aku ni minat rossa tak??? haihhhh aku dah tak pikir apa2 dah masa tu....
Dr tu semua pasang macam2 wayar kat badan aku, pastu ajar apa yang aku kena buat masa dia bius...dia pasang alat pernafasan, mintak aku tarik nafas 3 kali lepas tu....aku dah tak sedar!!!!!
Aku sedar2 je baju dah bertukar, pastu aku dah kat atas katil wad tadi. Rasa macam pening2 loya...ngantuk, asyik nak tido je..suami kat sebelah tunggu sehari suntuk tapi aku tak boleh nak bukak mata. Bangun je, mesti muntah....tak boleh makan ngan minum air manis. Dr tak bagi...kecuali air kosong. Aduhhh dahla sebelum tu kena puasa...pastu lepas operation tak bagi makan pulak. Huhu kesan ubat bius tu memang kuat...pastu aku kena masuk air pulak...Haisssshh rimas betul. hehe...sabar yer....
 |
Ni je gambar yang sempat aku snap masa kat hospital. Masa tu aku tak bercadang pun nak berblog...kalau tak, mesti aku asyik snap gambar je pastu semua nurse yang bertugas, aku ambil gambarnya...huahuahua..tapi layanan kat hospital ni memang tip top, aku rasa macam duduk kat hospital swasta yang bayar ribu riban tu...bayaran aku??? Satu sen pun tak kuar duit...alhamdulillah :) |
|
 |
Katil aku tepi tingkap....kalau bosan, tengok jela luar tingkap tu....aiyakkkk!! apesal ada katil baby tu....hehe ni hasil gambar google tapi kedudukannya memang sama.. |
Hari rabu baru aku boleh kuar wad....4 hari berkampung kat sini. Teringin makan macam2 tapi kena pantang pulak. Suami jaga aku macam orang lepas bersalin...makan pun makanan orang dalam pantang. Makan yang berminyak, gatal2 memang tak boleh sebab nak jaga luka kat perut....nanti kalau bernanah susah pulak. Dr bagi mc 2 minggu. Horeyyyy :)
Dr pesan...pastikan selama 6 bulan aku ngan suami kena rancang (tak boleh peknen dulu)...sebab nak bagi rahim aku betul2 clear. Selama 6 bulan gak kami ulang alik hospital untuk inject lucrin supaya tak period. Tapi lucrin ni ada kesan sampingan....macam orang nak menopous. Memang pun...aku rasa panas semacam je badan ni pastu emosi tak stabil.
 |
Lucrin ni inject kat perut...ikut masa yang dia tetapkan |
Ok, panjang betul karangan aku ni....hihihi. Time kasih pada yang sudi baca entry yang panjang lebar ni, maklumla cite 7 tahun punya....Jumpa lagi next entry....nanti aku cite rawatan yang seterusnya :D