Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Ke Blog Saya

Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Ke Blog Saya

Online website templates

Followers

Sunday, 6 May 2012

KeRjA HuJuNg MiNgGu

Dari minggu lepas aku kena kerja hari cuti. Sangat letih, tapi nak buat macammana...dah tugas dan tanggungjawab aku sebagai penjawat awam. 

Minggu ni aku urus Kursus Tunas Remaja untuk pelajar tahun 6. Best urus budak2 ni sebab semua dengar arahan.  

2 hari aku berkampung kat opis untuk urus kursus ni. Suasana kat sini sunyi skit sebab hari cuti kan. Kantin plak tutup, nasib baik ada dewan makan...kalau x, kelaparan aku. 

Kursus selesai petang tadi pukul 4.30 petang, aku mintak diorang solat asar dulu kat surau baru balik umah masing2. Dalam kul 5 petang beransur2 budak balik...mak ayah diorang ambik. Aku plak x sedap hati nak balik terus selagi budak2 ni x balik semua. Yelahkan...tanggungjawab aku untuk pastikan diorang selamat.

Pukul 5.30 petang, tinggal 2 orang lagi x diambik ngan mak ayah diorang. Aku dah gelisah sebab nak balik umah cepat, lepas tu aku tolong tepon kan mak ayah diorang. Otw katanya...aku pun tunggu jela. Pukul 5.45 masih tinggal sorang budak ni yang x diambik2.

Aku pun tepon kan sekali lagi, tiba2 budak tu nangis la plak..aduh, aku pun pujuk la budak tu. Menunggu sambil sembang2 ngan dia...walaupun mata budak tu asyik tengok jam je. Risaula tu sebab semua kengkawan dia dah balik. Dalam kul 5.55 petang baru mak ayah dia sampai, fuhhh lega aku...semua dah selamat balik umah masing2.

Minggu depan aku urus kursus untuk persatuan orang cacat pendengaran selangor. Aku tak dapat bayangkan macammana nak berinteraksi ngan diorang. Tapi jurubahasa isyarat akan turut serta dalam kursus tu untuk membantu urusetia dan penceramah. 

Ermmm sabtu ahad minggu depan pun x dapat nak besantai2 kat umah. Kena ambik cuti rehat ni :D





No comments:

Post a comment