Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Ke Blog Saya

Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Ke Blog Saya

Online website templates

Followers

Wednesday 30 May 2012

RaWaTaN InGiN ZuRiAt PaRt 2


Lepas 6 bulan ambil inject lucrin, kami teruskan rawatan. Hari kedua period terus pegi hospital tanpa temujanji sebab memang dr dah pesan....datang untuk scan ngan ambil ubat. Bulan lepas ubat tak jalan dalam badan aku, dr bagi 3 biji clomid sehari bersamaan 150 mg. Tapi mungkin badan aku tak tahan dengan dos tu, aku demam, pening, loya, muntah2...haihhhh saspen je, ingatkan peknen. hehe. Bulan ni aku tak boleh buat iui sebab telo kecik sangat. Kena tunggu next period pulak.

Bulan seterusnya period, hari kedua bertolak dari rumah pukul 6.20 pagi lepas solat subuh, aku tido jela sepanjang jalan. Ngantuk sangat2...sian suami drive sorang2...bini nya membuta. hikhik. Kami sampai pukul 8.20 pagi, memang dah jadi kebiasaan kami...sampai je aku turun kete pastu terus daftar. Suami???? Dia paking pastu membuta...tak pe, bagi peluang...ngantuk tu..huhu

Ramai betul orang...tapi kaunter banyak...

Ni nombor giliran aku...tunggu 5 orang je...dalam ramai2 tadi

Lepas daftar terus pegi kaunter A (klinik ibu mengandung dan sakit puan) yang tengah jawab tepon tu kak nisa'...nurse kat sini..semua baik2 belaka, dah kenal kat aku. Maklumla...dah masuk tahun kedua ulang alik ke sini...

Huhhh lega...ada sorang je patient

Lepas je aku daftar tiba2 ramai pulak orang...nasib baik aku cepat sikit..hehe hari ni bukan check up ibu mengandung, kalau tak memang tak cukup kerusi nak duduk.

Bilik2 doktor....setiap 1 bilik ada 2 orang doktor...

Scanner....nampak tak benda panjang tu????


Ni dia....alat untuk folikel tracking....
Gambar dari google....macam ni la keadaanya masa scan...sakit sikit ngan kurang selesa tapi kena kuatkan semangat :)


Dr Zulaikha...tengah scan aku...hehe sempat aku snap gambar, tak tau la dr ni perasan ke tak..tapi dr ni baik...lemah lembut orangnya....masa scan dr terangkan saiz telo aku...hari ni masih kecik lagi tapi dia akan membesar lepas ni...insyaallah

Pastu dr mintak aku ambil ubat puregon kat farmasi untuk inject hari kedua sampai keenam period. Tu la, bulan lepas ubat clomid tak jalan...jadi bulan ni dr bagi ubat injection pulak. Harap2 kali ni banyak telo dan dapat membesar dengan jayanya :)

Ni nombor giliran untuk ambil ubat...lama gak aku kena tunggu sebab ubat puregon tu takde kat farmasi sini...lepas dapat ubat aku terus pegi bilik prosedur A untuk inject terus hari kedua period...Aduhhhh sakit...tahan jela :(

Puregon...sehari 2 kotak bersamaan 100 iu. Farmasi bagi 10 kotak semuanya...

Ubat ni kena jaga baik2, suhu dia kena sentiasa  sejuk...farmasi bagi aku ais untuk perjalanan aku yang jauh...simpan dalam box...

Disebabkan nak jaga ubat puregon tu....aku beli makanan siap2 kat cafe sebab tak boleh singgah mane2 haisssshhh baru cadang nak pegi jusco :(

Hari2 pegi opis aku macam nyonya jual ikan bawak box yang besar tu. Nak buat macam mana..box tu je yang aku ada. Box tu pulak memang sentiasa ada dalam kete untuk stanby kalau beli ikan. Hahaha belasah jelahhh.
Hari2 aku kuar pukul 10.30 pagi untuk inject puregon kat klinik kesihatan sini dari hari ketiga sampai hari kelima period. Hari keenam dr suruh datang hospital lagi untuk scan ngan inject skali... 
Kesan inject puregon, perut aku senak sangat....kadang2 tak boleh tahan, rasa macam nak nangis :'(
Tapi aku cuba kuatkan semangat....ini satu pengorbanan buat suami tercinta demi cahaya mata yang kami idamkan selama ni. Perut senak tu tanda telo2 nak membesar...hehe selamat membesar wahai telo2ku ;) Moga2 bulan ni boleh buat iui untuk cycle kedua...
Ok, karangan akan disambung untuk perkembangan hari keenam tu nanti :D

4 comments:

  1. Moga dipermudahkan urusan....amin

    ReplyDelete
  2. byknye ubat nk kena mkn...be strong k..!

    ReplyDelete
  3. Hadoiiii.. dari td akak baca entry lain2 semua akak serius tau. Tiba2 terbaca nyonya jual ikan.. kah kah kah kah.. apa la ko ni iza..

    ReplyDelete